Ada seorang pedagang yang tinggal di Baghdad telah menyuruh orang gajinya ke pasar untuk membeli barangan keperluan rumah. Tidak lama selepas itu, orang gajinya pulang ke rumah dengan muka yang sangat pucat lesi dan seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan. Kata orang gaji, "Tuan, sewaktu aku di pasar tadi ada yang tertolak aku dalam keriuhan ramai orang. Aku segera menoleh dan aku dapati yang menolak aku tu tadi adalah si Maut. Iya tuan, aku pasti dia itu Maut. Dia telah memandang tepat ke muka aku dan memberi isyarat ancaman. Sekarang, tuan tolonglah aku. Pinjamkan aku seekor kuda dan aku akan segera tinggalkan bandar ini. Aku akan ke KOTA SAMARRA dan di sana aku pasti Maut tidak akan menemui aku." Si Saudagar pun bersetuju untuk membantu orang gajinya. Orang gaji berkenaan tanpa berlengah-lengah terus menyiapkan persiapan, kemudian dia pun menunggang kuda dengan pantas menuju kota Samarra.
Kemudian saudagar itu berjalan ke pasar. Dia menjumpai Maut yang sedang berdiri di satu sudut pasar. Saudagar itu mendapatkan Maut dan bertanya kenapa Maut memberi isyarat ancaman kepada orang gajinya. Si Maut pun menjawab, "Tidak, itu bukan isyarat ancaman sama sekali, cuma aku terperanjat. Aku merasa amat hairan kerana bertemu dengannya di kota Baghdad ini sedangkan aku memang ada temujanji untuk bertemunya pada malam ini di KOTA SAMARRA."
Note: Artikel ini adalah sumbangan izziobn
12 comments:
hmmm...
nice crita ni...
mbwatkan kita bfkr bout the meaning behinds it...
hmmm..sy fikir dulu yer...(fikir sampai kepala pusing..=p)
haha...
kalau dah sampai masa, tak akan kurang walau sedetik, dan tak akan lebih walau sesaat... maut aukan menjemput kita.. bagaimana caranya itu rahsia Allah... di mana tempatnya juga rahsia Allah...
cuma kita-kita ni... entah bila nak sedia (rasanya sampai bila-bila pun tak akan sedia kot)... mcm dlm citer ni, nampak maut je, terus larikan diri... hmmmm
maut tu memang dah takdir...
Mati itu pasti, hidup itu insya-Allah
kita tidak boleh lari dari kematian..
cepat2 la insaf..
omg.gives me the chills. :0
kene bace 2 3 kali....
salam...
cerita yang menarik..
hurm aku ingatkan dia nak g dating dengan MAUT...subhanallah...
aku mmg suka cita cm ni..tapi soalan bodo aku: maut tu laki ka pmpuan? sebab dia nampak maut, aku tak nampak...hehe
dlm cite ni buat kita terpikir ada org leh rasa kematiannya dan bertaubat. ada org nampak tp buat tak tahu ja.
saya x mahu andai dimatikan dalam keadaan yang hina.
salam dik nagaperang
yer, setengah insan boleh rasa ketibaan ajalnyer.. teringat semasa matrik (back tu year 1990), ade sorg kawan ni bergurau, dia kata dia dah tak lama lagi, sbb dia dah tak nampak cahaya mata hitam dia dalam cermin.. Esoknye, dia & kawan2 ikut rombongan ke Langkawi & dia meninggal di sana, mati lemas sbb nak selamatkan kawan.
Post a Comment