Saturday, March 28, 2009

3 tong kosong

Mengotori Tempat Rehat atau Jalan/Laluan Orang Ramai

Adapun artikel dibawah dipetik dari buku Dosa Tanpa Nikmat. Saya memilih tajuk di atas berdasarkan situasi harian yang sering kita lalui. Najis yang disebutkan bukan sekadar najis sahaja malah merangkumi segala aspek kekotoran fizikal ataupun mental. Dosa yang dinyatakan di dalam hadis ini melingkungi perkara-perkara yang boleh mencederakan dan menyusahkan orang ramai. Sampah atau kotoran janganlah di buang merata tempat dengan sewenang-wenangya.

Baginda Nabi s.a.w bersabda " Barangsiapa yang menyusahkan saudara Islamnya pada jalan raya, kutukan saudara Islamnya itu akan mengenai kepadanya." (Tibrani)

Pernah Baginda Nabi Muhammad s.a.w menasihati para sahabatnya supaya berhati-hati terhadapa tiga perkara yang boleh membawa kutukan (laknat):

  1. Membuang najis di dalam kolam air,
  2. Membuang najis pada jalan ataupun laluan orang ramai, dan
  3. Membuang najis di bawah pohon yang rendang (Abu Daud & Ibnu Majah)
Saya pasti inilah permasalahan yang sering kita hadapi termasuk yang bukan Islam mengenai sikap tidak bertanggunjawab segelintir masyarakat terhadap kebersihan. Bagi menambah kesukaran lagi apabila pihak yang bertanggungajwab membantu tidak serius. menangani isu ini Gejala ini bukan sahaja memberi persepsi buruk kepada PBT dan masyarakat umumnya malah menunjukkan mentaliti segelintir rakyat Malaysia terhadap kebersihan.

7 comments:

hamimi said...

betul tu.
orang pengotor macam tu harus di beri hukuman.

chimera said...

kebersihan sebahagian dari iman... tiada sifat utk bersih, bermakna sebahagian dari iman kita juga tiada...

fahmi latiff said...

sama2 lah kita jaga kebersihan... perkataann, minda semua la senang ...

kaum muda yakuza said...

orang pandai yang jijik...berak tak tau nak flush lepas guna, nama je mahasisw, tapi bodo bertingkat2

Audio said...

Ishkkk aku cukup benci orang pengotor2 ni.. uncivilised!

Shitsurei shimashita said...

hamimi~
hukuman dengan 10 tahun kerja berat *citer p.ramlee da :)

chimera~
tulah pasal bukan setakat tak bersih fizikal, hati pun mesti ma :p

fahmi latiff~
ya betu tu..shaye sokong dan setuju.

kaum muda yakuza~
tulah pasal otak lalu di mana?
wah! letak nama yakuza, i like

audio~
betul tu bukan setakat persekitaran, malah penampilan pun out =p

Monkey D Luffy said...

tak senonoh betul buang najis merata2..

mungkin gak org gila