Saturday, September 19, 2009
RAYA
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA JUGA
SELAMAT HARI MALAYSIA (baru ja limpas aritu)
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tuesday, September 8, 2009
ESSO
Persoalannya jika selama ini kita menggunakan RON97 kerana di katakan tanpa plumbum, berkuasa serta memberi pelindungan kpd enjin. Kenapa tidak dikekal sahaja RON97 pada harga asal? Manakala RON 92 di naiktaraf kepada RON 95 dan jika RON 92 tidak sesuai untuk kenderaan maka sepatutnya RON 92 di mansuhkan sudah lama dan diganti dgn RON 95. Hakikatnya, adakah kita pengguna bijak atau sekadar burung kakak tua? Mgkn ada yg berkata kita tidak reti bersyukur namun nikmat ini datang dari Allah Maha Esa, bila-bila sahaja Dia boleh menariknya. Sila ikuti petikan berita di bawah:
21 Feb - RON95 Bermutu Diperkenal
![]() | PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan petrol RON95 yang lebih berkualiti bagi menggantikan RON92, manakala harga RON97 akan dinaikkan mulai Julai ini. |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata pada masa ini, petrol RON92 dijual pada harga runcit RM1.70 seliter, manakala RON97, RM1.80 seliter.
Katanya, petrol RON95 juga akan dijual pada harga runcit RM1.70 sen seliter.
Katanya kenaikan petrol RON97 adalah bagi menggalakkan rakyat menggunakan RON95 yang mempunyai kualiti lebih baik daripada RON92 untuk kenderaan prestasi biasa.
Bagaimanapun, katanya kerajaan memberi jaminan kenaikan harga petrol RON97 yang belum diputuskan adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat.
Ketika ini, dua gred petrol iaitu RON92 dan RON97 dijual di stesen minyak tetapi lebih 80 peratus pemilik kenderaan memilih menggunakan RON97 kerana RON92 didakwa kurang sesuai untuk kereta.
"RON95 adalah petrol tanpa plumbum yang sesuai digunakan untuk semua kenderaan termasuk keluaran Proton, Perodua, Toyota dan BMW, manakala RON97 lebih sesuai untuk kenderaan prestasi tinggi seperti enjin turbo dan harganya lebih mahal (berbanding RON95 atau RON92)," katanya pada sidang media di sini semalam.
Katanya, RON95 juga digunakan secara meluas di negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
"Justeru, penggunaan RON97 (untuk kereta biasa) adalah suatu pembaziran dan kerajaan berpendapat tiba masa pengguna sedar dan tidak dipengaruhi iklan syarikat minyak yang kononnya menawarkan pelbagai jenis petrol berkualiti tinggi dengan harga lebih mahal," katanya.
Katanya, kerajaan juga akan mengadakan sesi penerangan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kebaikan RON95.
Pada masa sama, Shahrir juga menafikan kerajaan akan mengapungkan harga RON97 yang akan menyaksikan ia dijual pada harga pasaran minyak dunia.
"Perkara itu timbul kerana mereka (pengusaha stesen minyak) kurang faham mengenai teknologi dan latar belakang penggunaan minyak sebaliknya hanya tahu berniaga," katanya.
Mengenai pakej rangsangan ekonomi kedua, beliau berkata, kementerian mencadangkan supaya syarikat pengangkutan minyak diberi subsidi bagi menampung kos operasi sekali gus mengurangkan perbezaan harga di bandar dan luar bandar.
Sumber: Berita Harian
Friday, September 4, 2009
Mari bercakap
" Walk with the talk". Bila renung kembali, terasa banyak sgt kita cakap tapi tak buat selama ini.
Jika seorang itu hanya tahu bercakap, namun tidak melaksanakan Islam yang sebenar, maka Allah SWT bertanya,
“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan." [TMQ Ash Shaff (61) : 2-3].

