Sunday, February 15, 2009

Harta utk rakyat

Umar al-Khattab sangat tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara. Setiap pegawai yang dilantik diminta melakukan pengisytiharan harta dan peningkatan hartanya kerap disemak.
Jika berlaku peningkatan, Umar al-Khattab mengambil separuh untuk Baitul-Mal dan adakala mengambil kesemuanya.
Umar al-Khattab juga melakukan lawatan mengejut ke rumah para pengawainya bg memastikan tiada penambahan harta secara syubhah (perkara/perbuatan yg boleh menimbulkan keraguan pemilikannya).
Salah satu contoh ketegasan Umar al-Khattab ialah:

a. Gabenor kerajaan Islam di Mesir ketika itu, ‘Amr bin Al-‘As, dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Umar al-Khattab marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut:

“Aku mendengar kamu membina satu mimbar supaya boleh meninggikan dirimu daripada umat Islam. Adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu. Aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu.”

b. Umar al-Khattab melantik Mujasha’ bin Mas’od untuk beberapa tugasan dan kemudian mendapat laporan isteri Mujasha’ bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru selain hiasan dinding.

Beliau menghantar surat kepada Mujasha’ supaya mengoyakkan semua hiasan dinding itu. Mujasha’ menerima surat itu ketika bersama orang ramai lalu dengan segera beliau mengarahkan isterinya keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumahnya dan membantu mengoyak selain menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli oleh isterinya.

Sebenarnya, Umar al-Khattab tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha’, kerana itu diarahkan sedemikian. Pembaca juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar al-Khattab.

c. Umar al-Khattab juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik-beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikan beliau mendapati ada keraguan. Contohnya, beliau mengambil sebahagian harta Abu Bakrah. Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan: “Aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan).”

Umar al-Khattab menjawab: “Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul-Mal, dan dia memberi beberapa pinjaman kepadamu supaya kamu boleh berniaga dengannya.”

Kesimpulannya, semua tindakan Umar al-Khattab tidak diambil secara sembrono.

d.Pentadbiran: Umar al-Khattab inginkan ketelitian dan laporan berterusan daripada setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentadbiran yang bebas daripada penelitian sepanjang masa oleh Khalifah.

Pada waktu Khalid dipecat daripada jawatannya sebagai gabenor di Syria, beliau berkata: “Amir al-Mukminin (Umar al-Khattab) melantik aku sebagai gabenor dan selepas urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku.”

Lalu seorang lelaki berkata: “Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah.” Khalid membalas: “Selagi anak Al-Khattab itu hidup, selagi itu tiada ruang fitnah untuk berlaku.”

Demikian hormat dan yakin Khalid terhadap Umar al-Khattab walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan. Amat difahaminya tindakan Umar al-Khattab adalah untuk mengelak fitnah.
____________________________________________________________________
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar al-Khattab itu sebagai bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan gabenor dan pegawainya yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan jawatan mereka.

Ketika Khalid hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda: “Wahai Abu Darda, bila Umar al-Khattab wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku.”

Dan beliau berkata lagi sambil mengelap air matanya: “Aku memang sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi selepas aku fikirkan kembali berkenaannya ketika aku sakit ini, aku menyedari Umar al-Khattab melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah SWT.”

Cuba pula kita bandingkan kehidupan pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika ada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab? Sesungguhnya wahai Umar al-Faruq, kami merinduimu dan pemerintahanmu. petikan Ekspresi An-Nur, Metro Ahad

6 comments:

Anonymous said...

a
b
c
d
begitu tegas & adil sekali keperibadian umar al-khattab
pemimpin sekarang?
tak payah tengok pemimpin luar...
lihat saja di negara sendiri...
adakah mereka layak bergelar tokoh? idola anda?
fikirkan...kekayaan & kesenangan duniawi tak menjamin syurga di akhirat sana

Unknown said...

Salam NAGA,

Adakah di antara pemimpin kita yang setaraf dengan bayang Umar Alkhattab? Jangan sama denga batang tubuhnya bayang pun tidak!

Tidak ada seorang pun dari pemimpin yang ada hari ini yang memang bersih dan nampak bersih. Zuhud dan redho'.

sutera putih bertukar pink,,, said...

bagus petikan ni,,,
jd pengajaran,,,

sutera putih bertukar pink,,, said...

dapat dah,,,
thanks utk jawapan yang diberikan,,,
n ur comment,,,;)

Shitsurei Shimashita said...

PJ ~ kita penentunya

Ayahanda~ betul tu! agaknya bila leh kita dapat/jumpa?

sutera putih~ terima kasih

Nash Taj (^_^) said...

bro asl xleh follow ko...???