Thursday, February 26, 2009

Erti Disebalik alamaT emAIL anda

Pakcik no komen tentang artikel di bawah, apo yg baik kita amiknyo, yg buruk kita sodokah jo kat jiran..kalo da brani la!!! hehehehehe :)

1. GUNAKAN NAMA PENUH

sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amiran_alias@yahoo.com' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.

2. NAMA DEPAN & TENGAH
contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@yahoo.com' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

3. NAMA & TAHUN
contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2002@hotmail.om'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2003? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nikname itu?

4. NAMA SAMARAN
contoh: 'cute_lady@tokeikedai.net' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dgn gaya tersendiri.


5. NOMBOR & ABJAD
contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak.... kirim salam saja lah.!

Artikel ini adalah sumbangan awekn9, seorang warga Megasutra.

11 comments:

na_sya said...

hahaha sykira no 4 :D

caturist said...

caturist di alam khayalan.

Ken Cornellius said...

hehehe.. satu lagi info yang sangat best untuk di kongsi bersama..hehehehe

PJ selamba said...

i feel good
and i feeeeeeeel...nice
like sugar and spice

pink_butterfly said...

pj! bwat pe tu?


ngeh3...

rama2 d alam khayalan~

mademoiselle azieshakespeare said...

cane klu gune nm and nm samaran?
seimbang neh, eheheh ;D

dayenpanthepucca said...

e-mel aku abang aku yang buat. lalala...naifnya aku pada ketika itu...

zaidi ali said...

nama saya dah ikut dalam IC. Kalau siap taruk no IC & no fon sekali apa maknanye?
contoh:tolol_AL_bahalol6902023344_0129439943@yahoo.com

aR _LonG said...

heheheh..sy dlmm dunia khayalan..:)

helena's said...

oh cik hel pakai name samaran ade,name penuh pun ade(khas tuk carik keje)ekeke

kalo camtu camane?hikss

Shitsurei shimashita said...

na_sya, caturist, PJ, cik rama2, dayen & ar_long,~
no 4 sma dgn kita lah. Fantasy come true wo! follow the flow yo!

azie~
balance + equal= alignment straight. hehehehehehe!!

zaidi ali~
kalo mcm tu org tu teramatlah jujur, mcm cite Tiga Abdul. Ada tu jgn terkejut kalo jumpa ti. Pening WM ti.

helena~
menyamar takpe jgn samar2 udahle. Hilang dlm terang wo!