Wednesday, February 4, 2009

Sampai bila


Jika benar ada PRN Perak tak lama lagi maka hak rakyat Perak menentukan halatuju negeri mereka. Namun jika melalui rampasan kuasa a.k.a lompat parti maka ia adalah satu kezaliman. Bagi rakyat Malaysia politik dan pemerintahan negara tiada halatuju.

Kenaikan barang, beban tanggungan pendidikan dan pelbagai isu ''butter & bread' seperti tiada tempat di hati pemimpin. Jika dilihat acapakali masalah nasional rakyat dilindungi atau dikaburi dgn masalah politik. Media elektronik dan massa kurang memperjuangkan masalah rakyat yang semakin hari dihimpit tekanan hidup. Hanya masalah sosial, hiburan dan politik menjadi keutamaan dan sering diperhebahkan setiap hari.

Sebenarnya rakyat mampu menghadapai masalah globalisasi namun segelintir pemimpin dan pegawai2 tinggi gagal dalam perlaksanaan setiap polisi, dasar dan perancangan negara. Manakala kita dipersembahkan 'cita-cita' dan 'mimpi-mimpi' sendiri tanpa memikirkan kesan dan natijah di kemudian hari.
Sampai bila dan siapakah penyelamat sosioekonomi dan geopolitik negara, hanya Allah mengetahuinya, kita merancang dan Dia yang menentukannya.

No comments: