hari tu aku balik keja lewat kerana hujan lebat di KL, tgk2 pokok pisang dah tumbang (pastu kerajaan PR lak 'ditumbangkan). Ewah macam kebetulan lah plak. Nak kata pokok pisang ni dah tua taklah plak, masih kuat lagi malah berbuah rasanya baru dua kali.
Kemudian aku pikir, kalo yang muda leh tumbang apatah lagi yang tua. Maknanya setiap kejadian itu ada had penggunaannya, hanya pengisian ja yang berbeza. Last2 dgn bantuan anak buah aku, aku potong pokok pisang tu kepada 3 bahagian. Tiba2 petang tu bila aku tengok pokok pisang tu balik, aku terfikir kenapa aku tak tegakkan dan kuatkan sokongan ia. Bukannya pokok tu mati atau hancur dan aku termenung seketika pada diri sendiri. Jika aku yang lemah ini dibiarkan Allah atau keluarga, mungkin aku jadi macam pokok pisang tu.
Memang orang kata tulah taknak fikir dulu sebelum buat, patah tumbuh hilang berganti dan sebagainya. Namun ia bukan sebab untuk terus biarkan seseorang yang lemah itu keseorangan dan lupakan peranannya kepada masyarakat.

1 comment:
testing
Post a Comment