Sunday, February 8, 2009

Ingatlah dan ikhlaskan hati kita..

Kepada lelaki yang bergelar kekasih, tunang dan suami. Ingatlah semasa bercinta semua kata2 keramat yg diucapkan kepada si dia. Bukan apa la nie byk sgt kes cerai mencerai, tuntut menuntut, kata mengata kerana janji semasa bercinta. So cerita banyak tak guna, hayatilah puisi dibawah sebagai pedoman membina hari bahagia ~ tu Boy selamat bertunang nanti. Insyallah, semuanya selamat.

Kekasih

Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan gemawan
Menjadi selindang
Menudungi rambut mu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang meyinari dada mu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluh rindu mu
Akan ku rebahkan matahari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madu mu

Kekasih...
Hitunglah mimpi-mimpi
Yang membunuh realiti
Dari syurga illusi

Lirik : SN Datuk Dr Usman Awang )

1 comment:

abdrahim kassim said...

saya suka lagu ini. terima kasih.