Thursday, April 9, 2009

Mengarut ajer

Kalo otak menyakat tak dapat dikeluarkan maka saya dengan ini akan jadi sengal jap. Kesannya terlahirlah sedikit usaha mencari cerita lawak dari kemudahan internet yg ada ini. Andai tak lawak jangan gelak tp senyum aja sampai ke telinga. Jika lawak gelaklah seadanya melainkan anda memang selamber gelakkan org. Gelak dahulu kedapatan gelak kemudian memang ada slow glew...

LAWAK BUDI BAHASA LRT


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

KECACINGAN

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….


KERETAPI


Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya
"Ada apa Puan?"

"...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..." jawab wanita itu dengan selamber badaknya.

heheheheh(sumber: putera.com)

12 comments:

cik helena said...

hahaha,,yg ketapi memang takleh blah,,kekeke poyo gile..gud2!!

Anonymous said...

heheh kesian pemandu keretapi... teruk betul si wanita tu... :)

deQ aRLonG said...

hahhahaaa...apa punya perasan lak perempuan tu...

yang pemandu keretapi lg lah kesian..rasa benar2 di permainkan jak..bayang jak macm ni manas cdak penumpang owh..:)

~Mis Jc ~ said...

aduuu..lucu la bro...hehe.:) neway nice jokes...;p

Lea Isnawi said...

yang first tu sgt kelakar...
giler perasan pompuan tue..
hik3

btw..exchange link jom!!

Ivy Metaga said...

hahahaha..adeh2 lawak2..semua best..lebih2 lagi yang jual kueh tuh...haahahaha..

bozzobattousai said...

kah kah kah...lawak2...bozzo paling suka lawak LRT tuh...kah kah kah...

anak laut said...

salam..Shitsurei shimashita,

lawak keretapi memang gempak..hehe..:)

Anonymous said...

adeh!!!! gilak puyer lawak nie.emm:)

joegrimjow said...

kekeke
lawak yg xbiasa didengar

Melle Abadi said...

suka part LRT.
lawak dohh.

tHEoNeANDoNLy said...

hehe.. vote for keretapi..hehe..