Sunday, April 5, 2009

AKHIR DISEMBER

Puisi ini saya belajar masa darjah 6 dlm subjek BM (kalo salah tlg betulkan). . Suka nyanyi dan dengar time driving coz bait-baitnya nyaman dan menyenangkan...

akan datang
akhir disember ini
desiran angin yang memutih di padang-padang
sesaat kita mendengar risau
disebalik rongga waktu
yang berhamburan di jendela


akan datang
akhir disember ini
risik bulan yang mengabur
di hutan-hutan seakan-akan gelisah
di tangan kita

akan datang
akhir disember ini
senja pulang
desir bisik
dan angin petang berhamburan
bagai rindu musim hujan
lepas ke udara malam yang gelap

dan sesaat itu juga
kita mendengar kacau
menyiarkan unggun mimpi
di kaca peraduan

akan datang
akhir disember ini
bulan di ranting pohonan
dan angin yang berdesir
dalam nafas malam
mengalir antara bayang dan sepi
sementara menunggu
lebuh jagat ini

18 comments:

anak laut said...

salam..


puisi yg sangat menarik..

.anakBISAYA. said...

hhahahhahaha..

darjahanam?

comel nyer.

joegrimjow said...

baru 12 taun
ish2
hebat2

IndukYati said...

salam semua,

Dasyat betul laa...Disember lambat lagi...tapi,apo pengisian sebelum sampai Disembar ini?

pink_butterfly said...

naga blajar puisi ni ka atau bwat puisi ni time drjah 6?

kompius la~

mademoiselle azieshakespeare said...

skarang baru mula april..
orang tengah nyanyi 'bila april'
tapi saya tak mau dengar lagu itu :p

btw the poem was nice :D

nephronx said...
This comment has been removed by the author.
nephronx said...

bro, kasi link..
mau dgr gak!
bleyh gak try lyn..

Shitsurei shimashita said...

anak laut~
terima kasih saudara..

anakBISAYA@josh~
memang comel pun time tu :)hehehe

joe~
ala cikgu kita yg ajar puisi ni. kita ikut jer..

indukyati~
ya betul tu bos :) cheers

cik rama2~
kita belajar jer, puisi tu dinyanyikan Kopratasa.

azishakespeare~
lagu bila april tu sapa yg nyanyi?

nephronx~
ti gua cari k.

eDrYaNa said...

x penah dgr plak puisi nih..
skolah mane dulu ek?
i sek.ren.keb (p)...hihi..

dalila said...

biarpun dec masih jauh, tapi bait2 puisi ini begitu mendamaikan..

Ivy Metaga said...

dtg december...tapi kan bila dah nak december tu makna nya..aku makin tua daaaa....huhu..
takpe lah jom naga kita lepak2 tepi sungai sarawak sambil berpuisi..lalalala..

Kelebar Malam said...

fuhyooo...stnadard puisi tak mcm darjah 6 tp mcm tingkatan 6..boleh bungkus pak a samad said kalau cam ni...puisi..besssstttt....

kasihkuamiera said...

darjah 6 yer...klu sy..dh lupe dh :p

Shitsurei shimashita said...

erdyana~
saya sekolah kebangsaan sir merlin.

dalila~
damai dan mengajak kita berpikir akan diri ini di mataNya.

ivy~
ti kalo saya dtg sana saya cari ivy dan kita lepak2 tepi riverside, makan kelupis, berduet dan tgk ivy buat cheering. hikx7

kelabar malam~
Makasih atas pujian saudara.
puisi ni disurh belajar dan dideklamasikan. pastu kami kena beri pendapat.

Shitsurei shimashita said...

erdyana~
saya sekolah kebangsaan sir merlin.

dalila~
damai dan mengajak kita berpikir akan diri ini di mataNya.

ivy~
ti kalo saya dtg sana saya cari ivy dan kita lepak2 tepi riverside, makan kelupis, berduet dan tgk ivy buat cheering. hikx7

kelabar malam~
Makasih atas pujian saudara.
puisi ni disurh belajar dan dideklamasikan. pastu kami kena beri pendapat.

Anak Pendang Sekeluarga said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Shitsurei shimashita said...

cik amiera~
darjah enam masa yg paling tensen glew bla skolah asik x bg kami bermain dan PJ. huhuhukkk :)

salam anak pendang~
terima kasih saudara kerana sudi ke mari. Insyallah, kita akan bermuzakarah dan saya dah follow blog saudara.

"dan apabila salah seorang dari kamu ditimpa kesusahan, bantulah dia seadanya. sesungguhnya itulah sikap org yg beriman"