Thursday, December 23, 2010

BOMB!!!

Ni bukan entry tentang bomb tapi tentang rancangan untuk main bom. Mengikut keadaan semasa perlumbaan penguraian tenaga nuklear di rantau Asean giat dijalankan. Beberapa negara di rantau ini dijangka akan membina (klik sini)loji reaktor nuklear sebagai penjana elektrik. Bukan dapatkan tenaga elektrik dari nuklear tau tp untuk kurangan penggunaan petrol.
Sambil membaca cuba anda di fikir dan perhatikan lokasi rektor nuklear akan dibina. Kemudian anda bayangkan kalau di Malaysia, kawasan mana yang sesuai?


ni rektor nuklear di Jepun, memang banyak tapi cuba lihat dimana ia dibina.


klik sini Thailand (2021)- mungkin kawasan pilihan klik sini~selatan Thailand dan sudah semestinya bukan berdekatan dengan Teluk Siam atau kawasan perlancongan. Cuba tengok bawah lagi...


klik sini Vietnam (2016 - dengan kerjasama Russia (ingat yer Russian masih kuasa besar di dunia, takkan senang2 nak bagi US dan proksi yer buat port kat Asean).





klik sini Filipina (2010)- Filipina sudah mempunyai rektor nuklear namun tidak dapat beroperasi akibat permasalahan dalaman negara tersebut.





klik sini Indonesia (2050)-namun masih ding dong kerana terdapat bantahan rakyat dan keadaan geoligical negara itu sendiri. Namun terdapat cadangan untuk diadakan di Bangka-Belitung





klik sini Burma - yang ini memang dah ada tp kerana kekurangan liputan dan kebencian Amerika dan sekutunya maka pelbagai perkara ditohmahkan. Maka Korea Utara, China dan Russia datang membantu dalam memastikan projek ini berjaya. Satu lagi penampan untuk NATO & The Geng.


Akhir kata saya bukan membangkang tapi tidak bersetuju sahaja kerana masih banyak cara lain untuk mendapatkan sumber tenaga..bak kata klik sini Che Det.

Wednesday, November 17, 2010

Eksiden Pagi Siang Malam

(harap maklum ni bkn mangsa kemalangan)

Dalam 2-3 hari ni, byk kali aku tgk kemalangan di depan Klinik Segara, Jalan Bangsar. Pagi gi keja pun ada, tengahari gi KL pun ada, balik keja pun ada. Tak tahulah kenapa, mungkin hilang fokus kot. Dah ler kualiti jalan kat KL ni amat mendukacitakan mcm kena bom (teringat Lan Pet-Pet) Harap2 DBKL dan JKR amik tindakan segara agar tidak wujud budaya saman menyaman akibat keadaan jalan ni.


Tuesday, November 16, 2010

Ranggi Metropolis

(Group H-ITM 1999

Hari ini hari selasa, sok raya korban. 1st time aku tak cuti sblm raya.
Rasa janggal jer, hehehe Bkn apa kalo skrg ni tgh sibuk gak lah.
Tolong sana tolong sini, tp kali ini sudah salah percaturan
Nak buat camner malas nak apply...
jd melepek jer lah kat opiz sambil baring2, hahahaha!!
Nasib baik jalan tak sesak (best kalo hari2 gini)...Hehehehe!!

menaip sambil layan lagu AKU TAKKAN BERSUARA

kepada yg balik kg tu tak kira lah dekat ker jauh~
Selamat Pulang Sentiasa Berhati-hati Sentiasa Ingat akan Yg Maha Esa dan Rasul NYA

Saturday, November 13, 2010

Naik pangkat...

(gambar hiasan- pakcik tu tgh baiki selipar aku)

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”


Sumbangan: Aidil

Wednesday, October 13, 2010

Onggon Panaroma

Kelmarin Onggon telah ajar kami bagaimana bikin Panaroma (sebutan Onggon). Maka terhasilah gambar di bawah setelah di kerjakan oleh Kedai Foto Cik Sarah, Batam Jaya. Atas permintaan model tersebut maka wajah beliau telah dijadikan sedemikian rupa. Alasan yang diberikan ialah TAKUT KENA BUNUH..kekekekek

Monday, September 27, 2010

Renew My Love

Skrg sa udah da kekasih yg diperbaharui yg bikin hati teringat balik pd kisha2 lalu. Eceh cam lagu Tinggal Kenangang lah plak.lgu yg saleem nyanyi tu. Namun masi byk kelemahan aku ba dlm berkasih ni. Ndak pandai2 aku lg kasi kaler alam berkasih ni sejak dari dulu lg, ntah kenapa jd gitu aku pun ndak tahu. Mungkin neneknya barangkali buli tolong aku jawab. Hahaha...

Masa mo dptkan dia byk aku pikirkn, sampai pening aku. Mula mo pilih si O, kmudian C dtg mengoda. Kluar dating sama si A dan cuba berkenalan sama si N. Cuma N ja blum bikin aku berkenan sama dia. Last2 masa cuti aritu aku bandingkan smua maklumat ttg meraka ni tp ndak lah sampai buat smayang ishtikarah. Ayooo, bingung ba aku..so pusing2 punya pusing aku nekad amik O jd kekasih aku.

Pergh, byk juga kata2 positif n negatif aku terima ba, mmg mula2 aku berkenan sama C. Syg ba, feeling tu x sampai tuk aku pilih C sbgai kekasih aku. Bila aku bersama O mcm da getaran n ransangan. Wow!! i like :)

Biasalah kan ba, org berkasih mana leh slalu ceria. Kdg2 ada juga dukanya, so kepada C ko tgu ja k. Manalah tahu da jodoh kita..dan kpd O..aku syg kamu..

Thursday, September 23, 2010

Rahsia 619

Sebelum ini banyak yg bertanya kpd aku kenapa aku suka nombor 619. Jersey pun nombor 16, no umah 19 n suka dgr ayat tonggang terbalik sama saja (69). Tp x penah aku jawab kerana malas nak jawab..hehehe. Jangan marah r geng...hihihi

So kali ini aku beritahu apa maksud 619 kpd aku: aku amik dr Surah Al An`am (Binatang Ternakan)

(6:19) Katakanlah: `Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?` Katakanlah: `Allah`. Dia menjadi saksi antara aku dan kamu. Dan Al Quraan ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang-orang yang sampai Al-Quraan (kepadanya). Apakah sesungguhnya kamu mengakui bahwa ada tuhan-tuhan lain di samping Allah?` Katakanlah: `Aku tidak mengakui.` Katakanlah: `Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)`.


Surah ini menyentuj tentang beberapa perkara antaranya ialah

1. Keimanan: Bukti-bukti keesaan Allah serta kesempurnaan sifat-sifatNya; kebenaran kenabian Nabi Muhammad s.a.w.; penyaksian Alla atas kenabian Ibrahim, Ishaq, Ya'qub, Nuh, Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, 'Isa, Ilayas, Alyasa', Yunus dan Luth; penegasan tentang adanya risalah dan wahyu serta hari pembalasan dan hari kebangkitan, kepalsuan kepercayaan orang-orang musyrik dan keingkaran mereka terhadap hari kiamat.

2. Hukum-hukum: Larangan mengikuti adat istiadat yang dibuat-buat oleh kaum Jahiliyah; makanan yang halal dan yang haram; wasiat yang sepuluh dari Al Quran, tentang tauhid keadilan dan hukum-hukum; larangan mencaci maki berhala orang musyrik karena mereka akan membalas dengan mencaci maki Allah.

3. Kisah-kisah: Kisah umat-umat yang menentang rasul-rasul; kisah pengalaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para nabi pada umumnya; cerita Nabi Ibrahim a.s. membimbing kaumnya kepada tauhid.

4. Dan lain-lain: Sikap keras kepala kaum musyrikin, cara seorang nabi memimpin umatnya; bidang-bidang kerasulan dan tugas rasul-rasul; tantangan kaum musyrikin untuk melemahkan rasul; kepercayaan orang-orang musyrik terhadap jin, syaitan dan malaikat; beberapa prinsip keagamaan dan kemasyarakatan; nilai hidup duniawi.

Saturday, August 21, 2010

Cekik Tulang...

Azabnya bagaimana seseorang yang tercekik tulang digelakkan sewaktu meminta bantuan. Malahan siap berdoa agar suara orang yang tercekik tulang itu berubah menjadi suara Nobita.
Namun biasalah, manusia sentiasa leka bahawa balasan Allah kejap jer leh sampai, tak caya tanya Al-Genduti


(sekadar gambar hiasan)

Thursday, August 19, 2010

Dilema seorang insan..

Hari ini saya mau cerita tentang kawan saya. Kawan saya dalam masalah, dimana hari2 dia cerita sama saya masalah dia. Masalah beliau bikin orang jadi sasau sebab beliau yang bikin itu masalah. Jadi utk pendekkan ini cerita, sia guna gambar saja mcm Kal Jis cakap "gambar akan cakap byk perkataan".

Inilah kawan saya itu...cantik bukan? sekarang dia sedang sakit akibat telinga di berdarah dan bernanah. Buat masa ini pakar meminta dia pergi merayau dan jangan tidor siang utk kurangkan sakit dia. Menurut sumber kawan dia (gambar hiasan) ini adalah disebabkan beliau mengalami penyakit Madumaritima Manteracakari. Penyakit ini boleh menyebabkan seseorang itu jd TOUGH dan LAS bila tidak makan ubat FLASH.




info terkini: semalam dia pergi Kuala Lumpur jalan2 seorang diri sambil menjerit-jerit di tengah-tengah Dataran Merdeka.







Wednesday, August 18, 2010

Tukuk Tauke Tukun Tiruan

18 Ogos, Maritim Sasau- TTT merupakan 1 projek terbaru dlm perniagaan masakini, dimana para pengusahanya terdiri drpd wanita2 yg berjaya. Kebanyakan peserta projek ini telah melalui saringan, penapisan dan penguraian yg terperinci. Perkara ini telah disahkan oleh Mr. Fa Gendut dari Persatuan Hu Ru Ha Ra, Michicken.

(Ms. Ukiadora)

Menurut peserta program ini Ms. Ukiadora Okab dari Ajai Ville, Michicken pulangan projek ini amat memberangsangkan. Ini terbukti dengan kemampuannya memilik Hasselblad H3DII-50, ultimate high end DSLR camera system. Sebelum ini beliau hanya mampu menikmati keindahan dan keseronokan memegang barang kepunyaan orang lain. Namun sejak menyertai program ini masa yang terluang dapat dinikmati sepenuhnya bersama-sama insan-insan tersayang.


Program ini telah dirasmikan oleh Senator Tuntan Carl Onggon, dari Bali Bay Tok, Michicken.

Monday, August 16, 2010

Muka Baru Wajah Baru..

Akhirnya siap sudah wajah blog gue dgn bantuan Mas Onggon..hehehe..makasih bung..





Sbnrnya dah lama nak molah blog ni tp x sempat2. Yelah masa tu bulan gerhana, gelap gulita ja...tunggu punya tunggu x dtg2 gak idea ni.





nak dijadikan cerita..ada seorg pengomen di shoutbox tu sesedap rasa buat tuduhan sembrono. Aku x kisah apa yg dia kata tp dia phm ker apa yg dia kata tu. Lantak ko ler bro, yg penting aku mgkn tau lebih dari ko secara realitinya.





Aku harap dgn da pembaharuan di blog ni maka aku akan lebih rajin menaip..hohohoho!!!





Kepada bro tu layan pict ni k....



Sunday, August 15, 2010

Jegah Menjegah...



SELAMAT BERPUASA SEMUA, SELAMAT MENJALANI IBADAH

lama x update blog ni, hehehe...byk benda kena buat nak plak skrg FB dah take control skrg.
Nak buat camne dr umur 1-60++ pun dah ada akaun.

samalah cam aku yg suka layan game bola skrg kat FB~ Galaticos & EPL Fantasy. Game2 yg lain dah krg layan coz lama2 sgt nak di'kerjakan'..hehehe. Bagi aku game ni yg best dilayan takat ni, lain org lain seleranya...

Tambahan lagi, kerja luar pun berturut2 pai malas nak kluar umah skrg ni. Kena plak budak2 kat opiz ngah 'high' DLSR so aku yg x punya ni duk diam2 jelah... layan diaorg snap jer lah..

so aku harap leh lah aku start blogging balik walau ntah apa2 tah aku tulis.....hahaha


Thursday, April 8, 2010

Hartal

Aku masih ingat bagaimana Hartal (KLIK SINI) ini amat popular semasa menuntut kemerdekaan di kebanyakkan negara terutamannya di benua selatan Asia. Penggunaan Hartal selepas Perang Dunia 2 telah menimbulkan satu semangat jatidiri dan keyakinan bahawa tiada yang lebih baik mentadbir negara/negeri dari rakyatnya sendiri.

Mungkin ramai yg kurang mengenali Fahmi Reza yang merupakan karwayan indie dalam industri seni dan hiburan negara kita. Kemunculan beliau di sesi temubual RTM menjelang kemerdekaan ke 52 tahun lalu telah membuka satu paradigma baru. Di mana ia berkaitan sejarah kemerdekaan kita iaitu 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA.

Justeru itu aku mensiarkan paparan cereka ini untuk kita mendalami erti kemerdekaan sebenar dan berfikiran positif dalam meletakkan apa yang hak, apa yang batil.








Wednesday, March 24, 2010

Earth Day Propaganda (sila baca)


Artikel di bawah adalah pendapat aku sendiri. Mungkin ada yang menyangkal namun ia adalah hasil pemerhatian dan kesedaran aku sendiri.

Sambutan di atas pada dasarnya adalah penting untuk meningkatkan kesedaran kita tentang UZURNYA dunia ini. Sebagaimana kita maklum telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW bagaimana dunia kita ini sedang menuju akhir zaman. Namun apa yg ingin aku sampaikan tidak berkaitan dengan mukadimah artikel ini.

Sebenarnya aku sedang mengaji tarikh dan elemen2 yang ada dalam poster tersebut. Semuanya bermula tentang pembacaan aku mengenai Illuminati yakni penggunaan nombor dalam penyampaian mesej. Kenyataan ini adalah berdasarkan pada link ini. Pada mulanya aku menonton sahaja iklan dan sebaik saja iklan tersebut aku terpandang akan tarikhnya. Hati aku berdetik dan berkata " mcm penah aku lihat info ttg no ni" dan mula lah aku membuat pengiraan.

Bukan itu saja, aku bertanya utk apa sambutan ini sedangkan bukan kah kita boleh melakukannya hari2. Jika benar niat kita maka lampu2 di Dataran Merdeka hendaklah dipadam sesudah Isyak ( anggaran aku saja) supaya tidak membazir wang dan tenaga elektrik. Hanya biarkan lampu jalan sahaja yg menyala ( habislah..xda tempat nak lepak ti). Malah bermacam2 hal lg boleh kita buat utk menjaga alam ini.

Arakian teringat aku akan peristiwa Umar Abdul Aziz berkenaan lampu ini, jika hal peribadi di padam aja lilin ini namun jika hal kerajaan dinyalain lilin ini. Skrg kita sambung objektif artikel ini, jika kita perhatikan mgkn tiada apa yg istimewa ttg nombor itu kan. Baiklah cuba kita pecahkan nombor itu begini:

  • cuba perhatikan 2 & 7 jika dicampurkan menjadi 9
  • kemudian biarkan 3 itu
  • dan kita perhatikan 2010 jika dicampurkan menjadi 3
  • dan campurkan masa tersebut 8+3=11 9+3=12
  • jumlahkan 11+12=33
Mungkin ada yg akan berkata apa sebenarnya ini, dan jgn risau seperti yg saya katakan ia adalah teori saya sendiri hasil pemerhatian dan pembacaan.

Di dalam Freemason atau Illuminati nombor2 seperti 3, 9 ,11, 13 dan 33 mempunyai makna menwakili agenda mereka.

"The numbers 3, 7, 9,11,13, 33, 39. Any multiple of these numbers have special meaning to the Illuminati. Notice that the Bilderberg Group has core of 39 members who are broken into 3 groups of 13 members in each group. Notice that the core of 39 answers to the 13 who make up the Policy Committee. Take special notice that the 13 members of the Policy Committee answer to the Round Table of Nine. You know that the original number of states in the United States of America was 13. The Constitution has 7 articles and was signed by 39 members of the Constitutional Convention." Secret Societies / New World Order: by Milton William Cooper


McDonalds restaurant. The big golden M is the 13th letter of the alphabet. Fritz Springmeier in his 13 Illuminati Bloodlines has already proven the McDonald's are associated with these Satanic families.

Begitu juga nombor 60 jika tunggang terbalik 90, 09 dan seperti 666 dimana selama 1jam kita dikehendaki bergelap sedangkan kegelapan adalah permainan syaitan dan iblis. Malah kenapa waktu itu dipilih sedangkan waktu itu adalah waktu Isyak. Takkan kita nak sembahyang dalam gelap kot sdgkan Rasulullah menegahnya. (mgkn dangkal ayat ini tp mgkn anda boleh menafsir sendiri).

Sebaik saja 9.31pm (sekali lagi no 13) maka teranglah kembali dunia ini (ceh, mcm x tahu ja maksudnya itu, konon2 adalah pembawa cahaya) dan terpinga2 lah manusia kerana melihat cahaya. Yelah kan dah sejam duk dalam gelap n pada masa itu manusia melompat kegembiraan kerana meraikan kejayaan mengelap kan dunia. Mgkn tujuan mereka nak gelapkan sekali kot Mekah, Madinah n Al-Aqsa (korang phm sendirilah kan, sejam tu lama wo)

Maka aku merasakan tidak ada keperluan umat Islam menyambut dan meraikan aktiviti ini. Sebenarnya apa yg perlu kita menjaga alam ini sebagai amanah tidak byk pun sedikit pun jadilah.

Sekian, terima kasih


Tuesday, March 23, 2010

Renungkanlah


di ambil dr blog Abdul Wahab Arbain

Monday, March 22, 2010

Sejarah Hari Ini..


Hari ini masa aku di opiz dihabiskan dengan membaca sejarah negara n kaum Melayu. Pelbagai versi artikel dan sumber mengenai sejarah negara kita. Pergh...mmg hebat diaorg ni namun aku x pasti apa yg patut banggakan. Adakah aku patut bangga kerana bangsa atau agama bangsa?


Pembacaan aku berkisar kepada fakta yg mereka kaji bertahun lamanya, memang hebat diaorg ni. Namun apakah ia dpt menyedarkan pembacanya agar memahami sejarah. Macam kat atas tu, baru aku tahu inilah bendera lama negeri kelantan....wah, bygknlah kalau ia diguna pakai pai skrg.
Ada org bertanya, betul ke ni? n menurut sumber ia mmg benar n terdapat d muzium negeri kelantan. Mgkn xnak di hebahkan atas faktor2 yg sukar dimengertikan.

Friday, March 19, 2010

Andai dan Namun

Andaikata jika ada kawasan yg menegakkan syariah dan daulah Islam sepenuhnya nescaya amanlah org yang memasukinya.
Namun hingga kini tidak di temui di mana ia walau di negara kelahiran Baginda SAW.
Andaikata jika satu kampung melaksanankannya, maka berbondong-bondonglah umat manusia mendatanginya kerana nikmat dan rahmat dari Allah Maha Esa..
Namun kerana takut akan hilang segala-galanya maka tiada Tikus yg berani mengalungkan loceng di leher Kucing..
Andaikata ada 1 suara menegakkannya dengan darah dan tenaga adakah ada yang berani menyahutnya walau hanya untuk seminit....

Sindiran dan peringatan

Semalam aku dan org tua ku menonton rancangan realiti Adik-adikku di TV1. Rancangan ini merupakan terbitan JAKIM dan aku amat bersetuju jika program ini diperluaskan lagi. Sesungguhnya program ini memberi banyak tunjuk ajar dan peringatan walau ia melibatkan kanak-kanak.
Kehadiran para VVIP menyemarakkan lagi pertandingan akhir program ini dan setiap isu yg dilontarkan oleh para finalis diharap dpt menyedarkan kita golongan dewasa. Sindiran, kiasan dan susun kata para peserta amat mengagumkan jika berdasarkan pada tahap usia mereka.
Nak ku ulas mungkin tidak tepat namun jika ada ulangan tontonilah dan jika ada pihak yg dah upload ke youtube, layarilah.

http://www.islam.gov.my/adik2ku/index.html

Thursday, February 25, 2010

Hot Tag from Ivy Metaga


1. Adakah anda rasa HOT?
tak skrg tgh ujan...hehehehe


2. Upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang.


3. Cerita pasal gambar.
gambar di atas tidak di ceritakan kerana suasana gelap gelita

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Pizza yg terakhir saya makan ialah di Pizza Hut kerana kedai tu yg dkt dgn saya


5. Lagu terakhir anda dengar?
Saya tidak dgr lagu saya baca lirik jer

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Magi sudah kembang

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
seperti yg tertera di kad pengenalan

8. Tag 8 orang.

(ATTENTION!!!...)
Kapersky
Panda
Norton
Avira
McAfee
Bill Gates
High Bill
Hornbill


9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
Penyelamat PC opiz saya

10. Katakan sesuatu mengenai orang no.5.
sering makan di McD n Mat Kool (aiskrim)

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Eton the movie


13. Pesanan kepada orang no.6?

Semuga terbuka hati mu menerima hidayah Allah..


14. Kata-kata cinta untuk orang no.2?

Cinta ku bukan di atas kertas...

15. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

mereka tidak membayar apa jua bil


16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang org yang mengtag anda.

  1. dia tidak pernah ku jumpa
  2. dia tidak pernah ku temu
  3. dia tidak pernah ku sentuh
  4. dia tidak penah belanja aku makan
  5. namun dia kuat makan

17. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU?

Kambing dan lembu adalah binatang yg byk ketika hari raya korban


18. Perasaan anda buat tag ini?

Terkadang ku menyesal...mengapa ko tag aku


19. Adakah anda tau si Razman itu sengal?

~Siapa tu? bikin baju punya org ka?


20. GAY or LES?

les ketchup i like...

TAg dr Onggon.Com

1. Adakah anda rasa anda HOT?
always hot kan.....kan...



2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.



3. Cerita pasal gambar
Saat-saat genting Bujang Lelang kedapatan akibat men'cerai'kan buku-buku hutangnya agar tidak dpt di kesan dan dimiliki oleh Chetiah aka Ah Long Cheah.

4. Kali terakhir anda makan pizza?
di kedai pizza yg musnahkan oleh Onggon pada tahun 1905

5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu Negaraku jam 1.oopagi mlm td

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
menyelesaikan tag si toncit Ivy plak

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Nama samaran... nama kabur kabur...nama gelap terang tenggelam timbul

8. Tag lagi 8 orang
1. orang perseorangan
2. orang kedua
3. orang ketiga selepas orang kedua
4. orang- orang (ckp slang melayu singapura)
5. orang- orang di sawah padi sebelah danu
6. orang bukan org hantu bukan hantu
7. Princess Dora
8. orang yg digelar manusia

9. Siapakah orang No.1. kepada anda?
orang yg single mingle lagi..mcm ivy

10. Katakan sesuatu kepada orang No.5
maafkan saya kerana mendera awk hari tu...dgn niat nak buat awk kuat

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
dengan orang yg sedang berdua2

12. Bagaimana pula dengan No.4?
boleh disingkatkan menjadi Kamu org....

13. Pesanan kepada orang No. 6
hari-hari mau pinjam...unta padang pasir pun takda malas..hehehehe

14. Kata-kata cinta untuk orang No. 2
tiada org kedua selain kamu....kalo ada pun last 2...hahahahaha

15. Adakah No.7 dan No.8 ada persamaan?
mesti..kerana no 7 adalah org...hahahahahahaha..takkan flaura dgn fauna kot

16. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
1. Saya tak tahu tentang dia sgt
2. Tp saya cuba amik tau juga
3. Setau saya dia kenyal mcm tauhu
4. Berkulit putih mcm tafu
5. Sering memasamkan diri bila berbau

17. Persamaan antara kambing dan lembu
Kambing dan lembu menjadi patung tidor org yg bg tag ni...

18. Perasaan anda buat Tag ini?
Cold blooded..

19. Gay or Les?
Apa tu? ....kejap nak tanya Mokhtar dulu...

Sunday, February 21, 2010

Neraka & Syurga

Setiap 1 ribu : 999 ke Neraka dan 1 saja ke Syurga !

Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya..

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004 | (sumber) asal dipetik |

Friday, February 19, 2010

Cyber Crime Unit

Di opiz aku terdapat beberapa orang yg ditugaskan menjaga salahguna siber ni.
Terdiri daripada:


i
Penasihat Partai Jenguk dan Musnah (S&D)
Mr. Cheah Yeng Weng aka Ah Long Bukit Tala Untung
Pemodal kapitalis terbesar dalam unit ini
Sering menyumbangkan suasana dan lokaliti kawasan kejadian
Setiap tindakan yg di ambil berakhir dgn dengkuran (tanda puas hati)
Pakar 3K- Kajang,Kacang,Kajian
Terkenal dgn gaya sopan dan lemah lembut
Berminat utk berjumpa sila hubungi PA beliau MR. E.D


*
*
*
*
*
*




Ketua Operasi Partai Jenguk dan Musnah (S&D)
General (B) Carlo Abota 94700
Pernah menganggotai pergerakan JIBAM bersama Komander Ujang.
Berkhidmat di unit ini setelah dinyahkan dari Bumi Permata akibat mengurat Tiga Dara Pingitan
Sekarang dikatakan bersembunyi di Sun City, US (ulu sepri) akibat Mokhtar.


*
*
*
*
*
*
*


Komrad Babyface@Baby Boyot 93250
Pakar dalam penyamaran dan lakonan terlampau
Pernah berkhidmat di Lion City hingga menganggap dirinya Lion Babe
Senjata kegemarannya adalah KERUSI

*
*
*
*
*
*
*




Pegawai Diperintah Kol. Gen.Dut 85300
Bertugas sebagai Hackers aka Kahak Keeper
Juga melakukan PT di Bamboo Inn sbagai penyanyi kabaret
Pembekal utama wifi dan roti Hi-5 utk pelanggan
Peminat setia cerita2/drama2 Malam Jumaat

*
*
*
*
*
*
*





Mejar HOKAB 27600
Pakar dalam penghasilan H20 beracun
Sesuai untuk mematikan penjenayah siber tegar
dan pengguna laman sesawang luar batasan tertangkap tanpa disedari


*
*
*
*
*
*
*



Kapten MMJ 17500
Merupakan pakar peniruan suara fauna yg penting dlm me "hiponisasi"kan penjenayah
Pernah menjalani pelbagai latihan di sekitar Tanzania dan Rwanda
Pengemar ikan bandaraya dan fail meja
Gaya di atas adalah salah satu cara memastikan penjenayah tewas
Bertugas juga sebagai penyedia minuman petang dgn rela utk kawan2

*
*
*
*
*
*
*




Leftenan Udara Chu Che Mah 15000
Amat berbahaya bila beraksi di depan lensa hingga besi pun jd bengkok
Menjadi ahli seumur hidup Royal London Circus
Setiap pergerakannya tidak dicurigai oleh penjenayah @pengodam
Mempunyai pelbagai jenis hp khas utk rakaman akses keselamatan pesalah guna siber
Beraksi bila perlu

*
*
*
*
*
*


dan aku tukang tulis report jer
hehehehehe

p/s: segala cerita di atas adalah rekaan sendiri pelatih dgn tunjuk ajar Sifu2 utk menghasilkan yg terbaik.

Seronok tgk org di lamun cinta walau byk hal berkaitan dgn cinta skrg ini berakhir dgn tragis.
Tapi ada yg anggap cinta segala2nya hingga membawa mati sdgkan tak patut langsung.
Kalo yg mati org yg bercinta tu boleh gak diterima akal lah tp insan yg x bersalah pun jd mangsa.

Namun hakikatnya cinta tu bukan pembunuh....
Dalam cinta ini yg paling payah nak handle ialah CINTA LOKASI.
Cinta ini mmg kejap tapi banyak kesannya antara baik atau buruk bergantung pada org itu.

Dan aku skrg bukan dalam situasi gitu, cuma mgharapkan kawan baik aku ini tak jd gitu...
Susah n sengsara ko nanti bila x handle hal2 gini..

Anyway, I wish him all the best n good luck..

Thursday, February 18, 2010

Brainwash

Alkisah, cuti CNY telah digunakan utk membasuh kepala seorang mamat ni.

Pembasuhan di lakukan dgn cara yg amat kejam
hingga mengorbankan bbrapa org ahli mesyuarat tingkap.

Dan hari ini pengkhabaran gembira telah singgah di pendengaranku

Sesungguhnya dia telah gagahnya melaksanakan tugas seorang lelaki
Memiliki hati seorang wanita yg aku suka 'yaya' kan

Tahniah bro...welcome back!!


Tuesday, February 16, 2010

Gong Xi Fa Cai Tiger

Macam biasa dulu kini dan selamanya aku tak sambut pun tapi mana tahu akan dtg. Yelah kalau dapat awek chinese tentu nak tak nak meraikan juga. Cuaca kat KL amat panas dan lembab hingga ke tengah malam.
Nak tido pun x lena tp apa leh buat kat sana lagi panas wo...MasyaAllah. Esok dah start keja, alahai malasnya sgt2 nak keja.
Anyway, aku enjoy gak cuti ni dengan belajar byk benda baru dan tuk si dia di sana tu,
"Semoga selamat kembali yer..cuti2 gak jgn lupa balik k....hehehehehe!!!"


Monday, February 15, 2010

February 2010

Balik dari Sabah, rehat 3 hari, tiba2 dpt arahan ke Ayer Keroh, Melaka untuk pameran 1M JP. Punyalah sengsara kalau kena pergi balik utk 3 hari tp hasil tolak ansur maka dptlah bermalam di sana. Takpalah kerja lebih masa skit dari sakit, so kami bekerja lah dengan gembirannya seperti gambar di bawah ini:-


Wednesday, February 10, 2010

January 2010


Sebulan duduk di Sabah menyedarkan aku ttg erti kehidupan ini yg penuh suka duka. Sememangnya aku suka akan negeri ini, tenang~aman jauh dari keributan kota. Mungkin kerana aku anak kota yg tinggal di dalam hutan batu bata sejak dari kecil lg, maka aku teruja melihat suasana begini.
Walaupun kedatangan aku kali ini atas kapasiti kerja namun tidak ku lupa utk mengalami kemeriahan hutan belantara, gunung ganang, sungai yg dingin dan udara yg bersih yg jarang aku kecapi. Kesibukan ini menyebabkan aku dpt meredakan jiwa yg sengsara, keceriaan yg timbul memberikan aku kesedaran yg pergi tetap pergi.


Friday, January 22, 2010

blank

blank & blur

malas nak pikir tp kena pikirkan jg...