Tuesday, June 30, 2009

EXAM



Exam abis sudah!!!
Aku dan bujanglelang merdeka jap

Tapi leh lulus ker?
Kalo dapat tahu ada exam Jumaat lepas

Exam hari Isnin dan Selasa
Sedangkan surat di keluarkan 18 Jun

Kalo gagal salah sapa ek?

Monday, June 29, 2009

Tasmania


SIAPAKAH YANG BERJAYA MENYAKINKAN SAYA UNTUK MEMILIKI TASMANIA INI?
adakah dia???
siapakah dia??
di manakah??


Saturday, June 27, 2009

Ibu & Pasangan

bacalah sambungan cita semalam ini..............

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Dimensi

" sesuatu yg tak di sangka, seringkali mendatangi kita"

berkumandang lagu Kenny, Remy & Martin dalam suasana hening petang ini. Perjalanan yang berliku-liku tak terasa saat perasaan melayang-layang di awangan. Rakan-rakan yang lain ternganga tidor keletihan akibat kerja dan rehat yang kurang.

Sesekali mata melilau mencari imej atau objek yg menarik untuk habuan kamera ini. Yelah, beli mahal-mahal tapi tidak digunakan semaksimumnya. Ala, sebaik digital, kalau pakai negatif mahu betul-betul imej itu selari dgn naluri kita. Kalau tak asyik kerugian duit dan filem jelah.
Namun dalam hati bukan itu yang di cari...yang di cari kedamaian hati. Adakah aku berhak berada di sini atau kerana terpaksa dalam suka..

Entahlah...yang pasti masih ada sesuatu yang buat aku sentiasa teringat buat selamanya. Walau jauh mana aku pergi, ia tetap menghantui. Aku kembali memikir dan cuba mengingatinya semula...

bersambung

Thursday, June 25, 2009

Kurus Kursus

Salam semua!!!

Naga is back after been kicked away for while
Takdelah main2 jer...
Penat gile kaki membawa badan kerana ingin mencari Ilmu
Ilmu yg dapat membawa kebahagian duni dan akhirat

KURSUS BINA TAQWA Siri 1
Hmmm..okeylah program yer walau tak seperti yg di sangkakan
Mungkin inilah namanya modul..
Walau aku bukan alim tapi heran jgklah
Kenapa ia leh terjadi begitu rupa
Jika anda ingin tahu lebih lanjut leh lak tgk n3 si Onggon
Coz dialah yg paling menderita di sana

Kerana mulut badan binasa
Kerana mulut jgk hati menderita
Kerana mulut sumpah seranah melata
Kerana mulut segala-galanya bermula
Sengketa antara manusia tanpa ada hujung cerita
Kembalilah kepadaNya
Allah yg Maha Esa

p/s: lagu dibawah untuk Cik Intanurulfateha...senyum sokmo




DAN JUGA TUK TANASHA


Tuesday, June 23, 2009

Misteri

Semalam aku menerima sebuah panggilan misteri di saat aku sdg menikmati mkn malam. No yg tertera aku tak kenal tp last2 aku angkat jugak... ingatkan opizmate aku pakai nombor baru.
Yg menjadi hal yer..tiba2 jer bro mana sound2 gua kata gua kacau adik dier. Apa lagi berasap lah gua. Siap mamat ni cakap dia polis..lagilah gua berangin. Terus gua sound dia.

Aku: "lu balai mana bro? Gua tak heranlah! Ada brani lu bgitau lah"

Mamat: :kamu jgn main2 r..u tinggal mana? nama u sapa?"

Aku: " Lu sibuk pahal? Gua tak kenal lu pun?" Kalau lu polis, jap lagi gua gi IPK"

Mamat: " Wah, sombong yer u nie! U nampak nie?"

Aku: " Nampak aper bro? Lu sakitlah"

Mamat: " U anda sms tak kat hp saya"

Aku: " Lu pun wa tak kenal, yg lu call gua byk kali mana u dapat no nie?"

Mamat" "adik i guna hp nie, so i check lah?"

Aku: " Sorilah bro, gua tak kenal sapa2 pun dr no nie." Better lu check dgn adik lu 2. Lainkali jgn main langgar jer"

Mamat: " oh yer ker? Ok, ti i check. Sori r."

Semasa aku bercakap dgn mamat nie, aku pandang hp aku kecik sgt. Kalolah ada depan aku skrg. mo bertumbuk aku tp nasiblah takde. Kemudian, timbul rasa risau~ mamat ni hackers ker.
Mana tau dia leh trace maklumat aku ikut no hp..so while he ios downloading my information..dia layan borak dulu. Serammnya..harap2 takde aper2 yg berlaku.

Kepada yg lain, hati2lah bila menerima panggilan misteri. Mana tau skrg nie org terlebih terer, macam2 ada dan boleh jadi.


LAGU DI BAWAH TUK CIK SARAH (niceqhita aku)...dia suka lagu nie.
Dan mamat dalam vc nie tak kukenali


Monday, June 22, 2009

Buli bah kalo ko

huhukk..baru nak aktif blog balik dah kena panggil keluar balik...
nasib baik kejap jer...tapi ada ke akses kat sana????

nak buat mcmana nasib badan...
terima jelah yer...
baru nak tune suasana kat KL dah kena berubah angin
baru nak startkan motor terus tak jadi

tiba2 teringat~ mcmana lah 'si toncit' kat sana tue
okeykah dia rrrr...
harap2 dia okeylah...walau ada bos dia ngah tgk dia keja tue
hahahaha....keja jgn tak keja

mcm ada org tue tanyapada kita~ siapakah dia?
dikalangan kitakah??
jawapannya..cari sendiri


dan kepada dia jangan lupa terus ceria...TQVM dear for make me smile again
dan arini terbongkar juak rahsia seseorang tue...hehehe
siapakah dia???
cari sendiri...

sebuah lagu tuk di sana...

Sunday, June 21, 2009

TONCIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Akhirnya
Kepulangan ku ke tanah semenanjung membawa seribu pengharapan.
Perkelanaan ku ke tanah kenyalang mengajar aku erti kehidupan
Di sana ku temui damai di hati walau sebenarnya bukan itu yg ku cari.

Namun gelak ketawa, senda gurau yg sering membayangi hari-hari di sana
Membantu aku melupakan seketika masalah utama
Sesungguhnya aku berterima kasih kepada si dia
Yang berjaya me'toncit'kan diri ku semula
Serta membawa kembali senyuman sukmaku sediakala

Siapakah gerangan orang itu yang berjaya melafazkan kalimah kegemaranku dgn sempurna
Ternyata aku amat merindui dirinya
Jika ada rezeki pasti kita akan bersua semula...

p/s: syhhhh......nagaperang mengila semula.

lagu di bawah sering ku dengar saat sungai sarawak mengalir lesu.
tika angin bayu bertiup lembut membawa hati pergi

Saturday, June 6, 2009

THE END

I' M SO DOWN! TOTALLY DOWN...EVEN THOUGH I TRY TO OVERCOME IT BUT IT IS SO PAIN.

I WILL BE AT SARAWAK SOON 7-21 JUNE. TO ALL MY FOLLOWERS THANK YOU FOR FOLLOWING ME
I'M SORRY FOR ATTEND YOUR COMMENTS AND VISIT YOUR BLOG FREQUENTLY.

AGAIN THANKS FOR BE MY FOLLOWERS..I WILL COME BACK IF PERMITTED.

MAY ALLAH BLESS YOU ALL AND PLEASE FORGIVE ME EVEN WE NEVER MEET.

AULD LANG SYNE.

Tuesday, June 2, 2009

Asyik FM

malam tu aku terbuka siaran Asyik FM semasa memandu ke Desa Pandan. Sapa tahu Asyik FM bersiaran dari mana dan tuk sapa? Sapa yg betul dapat dengar terus dari 91.1FM suara saya..hehehe!!

Sekali DJ stesen ni menyiarkan sebuah lagu yg dah lama gile saya tak dengar...lagu dari Kumpulan Teja. Wah, sikit punya rock kapak lagu nie..masa tu saya masih sekolah rendah lagi kot. Bila dengar bait-bait lagu nie teringat pula pada kawan saya yang ada masalah dengan awek dia dulu. Dengar cita dia masalah dia sekarang punye lah besar dari dulu.

Besar mana??? Leh dikatakan tahap meragut nyawa jugalah. Iskh! Iskh! Ape ke he nye tue? Mengikut empunya badan awek dia ada BIG PROBLEM hingga tak dapat memberi komitmen terhadap perhubungan mereka. Jadi saya yang agak2 menyibuk nie bertanyalah kepada dia.
Jawapan dia amat menakutkan tapi maaf takleh cita....

So layanlah jelah lagu kat bawah nie yer... hari nie banyak teman2 blog saya sedih2 jer..