Kemudian kita akan sambut Hari 1 Malaysia 16 September
Kenapa ada aku cakap gini...pikir ler sendiri
Namun masih ada yang lupa atau tidak tahu wajah2 sebenar yg mengucapkan MERDEKA bkn salah mereka tapi kita telah diminta melupakan mereka. Ramai yang terkorban di mata pedang dan senapang mereka kerana tidak mahu menjadi pak turut apa yg mereka mahukan. Banyak kekeliruan tentang pejuang dahulu sekadar untuk mengelirukan kita. Bukan aku tak bersyukur atau menidakkan sejarah namun kita kena tahu yg sebenar. Semoga kita tidak dipersalahkan oleh mereka selepas kita.
Jika anda perhatikan semua pejuang seperti Tok Janggut, Rosli Dhobi, Mat Salleh dan sebagainya dikaitkan dengan satu perkara. Mereka mengaitkan dan mengatakan para penjuang tersebut menentang kerana kuasa seperti hak memungut cukai, kawasan dan pengaruh hilang. Tidak percaya selak kembali buku-buku sejarah kita dan anda akan menemuinya. Sepatutnya dinyatakan mereka menentang kerana mereka mengetahui niat sebenar mereka datang ke sini. Yang bukan membawa kebaikan malah telah menjadikan kita hamba mereka tanpa kita sedar hingga ke hari Kiamat.

"Di atas robohan kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka
Bersatulah Melayu segenap baka
Membela hak keadilan pusaka."
Kita bangunkan jiwa merdeka
Bersatulah Melayu segenap baka
Membela hak keadilan pusaka."
Ingatlah wahai saudara-saudaraku, jgn dipandang ayat di atas sebagai perkauman namun renungi lah ia sebagai kunci kepada perpaduan negara kita. Perpaduan yg terbentuk beratus malah beribu tahun lamanya walau tiada piagam atau kontrak sosial ketika itu. Kita berasal dari susur galur yg sama yakni Adam yg membezakan kita hanya agama dan budaya. Namun ia tidak harus malah tidak patut dimanipulasikan sebagai isu menakutkan masyarakat.
Cuba tuan dan puan renungi adakah kejatuhan Melaka memberi kesan kepada org Melayu sahaja? Bagi saya tidak kerana Melaka telah dikenali sebagai "Melting Pot" hingga menarik perhatian ramai orang dari seluruh dunia. Jatuhnya Melaka maka berakhirlah tempat pertemuan semua bangsa di bumi bertuah ini kerana jika ada yg lain tidak sama seperti di muara Sungai Melaka.
Mungkin fakta dan pendapat saya tidak kuat dan jelas namun sebagai anak Malaysia beragama Islam serta berketurunan Melayu Nusantara/Indo China maka saya mengucapkan
Mungkin fakta dan pendapat saya tidak kuat dan jelas namun sebagai anak Malaysia beragama Islam serta berketurunan Melayu Nusantara/Indo China maka saya mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Merdeka Malaysia
AHMAD BOESTAMAM, DR.BURHANUDDIN HELMY, LIM KEAN CHYE, SHAMSIAH FAKER, PAK SAKO aka ISHAK MUHAMMAD, KHATIJAH SIDEK, HASHIM SAID, ABDUL SALLEH MAJID, YAHYA NASIM dan yang lain-lain.
Moga - moga perjuangan mereka selama ini yang telah cuba dilupakan akan diingati dan diiktiraf oleh kerajaan kelak..
Moga - moga perjuangan mereka selama ini yang telah cuba dilupakan akan diingati dan diiktiraf oleh kerajaan kelak..
1 comment:
MERDEKA kita! Semoga merdeka semua....
Post a Comment