Monday, January 2, 2012

Topeng Vendetta (Guy Fawkes)

Menurut laporan media semalam, acara sambutan tahun baru di Dataran Merdeka dikunjungi (olah ayat dicemari) oleh topeng V. Aku pun tertanya-tanya sapa si V tu even aku pernah dengar & cuba tonton cerita itu (tp haram tak paham coz belum dapat pencerahan). So aku google balik untuk dapat info cerita ni. Bila aku pahami & buat perbandingan plus dengan apa yg aku pelajari skrg, aku baru paham apa yang dikatakan

People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people.

Quotes ni sama dengan teori dan hujah John Locke (1632-1704) yang dinyatakan dalam buku Two Treatises of Government. Beliau telah menyatakan tentang konsep persetujuan atau amanah rakyat iaitu kebertanggungjawaban pemerintah untuk mengurus amanah yang diberikan oleh rakyat. Manakala rakyat perlu tunduk kepada arahan pemerintah selagi tidak melampaui kewajaran dan pecah amanah. Jika berlaku, rakyat perlu bangkit dan menukar pemerintah dan pemerintah tidak boleh menyalahkan rakyat jika berlaku hal begitu.

Manakala dalam Islam itu sendiri telah dinyatakan dengan begitu banyak dan jelas mengenai peranan pemerintah dan rakyat di dalam Al-Quran dan hadis. Bukti yang mudah di fahami ialah piagam Madinah yang dibentuk untuk memastikan setiap rakyat mendapat hak yang sewajarnya. Manakala pemerintah perlu bertanggungjawab kepada amanah kerana kelak ia akan di tanya Allah di padang Masyar.

Kat bawah ni, terdapat beberapa quotes yang aku rasakan sesuai dengan keadaan semasa.

Beneath this mask there is more than flesh. Beneath this mask there is an idea, Mr. Creedy, and ideas are bulletproof (quotes from V for Vendetta)

Artists use lies to tell the truth, while politicians use them to cover the truth up (quotes from Evey Hammod)

Our integrity sells for so little, but it is all we really have. It is the very last inch of us, but within that inch, we are free. (quotes from Valerie Page)

2 comments:

AmirFX said...

Cerita nie mmg best... Rakyat adalah pemerintah sebenar.. NWay, hepi new year Bro!

Shitsurei Shimashita said...

AmirFX-
people's power
people's voice
same to u bro..wish u prosperous year for you