Wednesday, February 1, 2012

Belajar dalam taman

Sekarang ni aku berada di seberang tanah besar tapi bukan luar negara tau. Aku kat negeri yang di pajakkan kepada British dulu. Terasa semangat menelaah membuak-buak dalam diri. Bukan apa kalo kat umah, harapan selalu kabur-kabur ja. Apa yang kudapati di sini ialah mencari ilmu itu tidak kenal usia, jantina, kaum dan sebagainya. Yang penting niat, iltizam dan keazaman kita memilikinya bak kata Prof aku..belajar selagi bernafas.
Setelah beberapa hari di sini, baru aku paham yang bahasa Melayu/Malaysia kita ni bukan bagus mana pun. Kesalahan tatabahasa dan penggunaan ayat amat kerap berlaku sampai aku pun pening-pening. Ingatkan senang jer BM ni tapi lagi banyak dipelajari lagi banyak kesalahan yang kita temui. So, aku pun cubalah pasni tuk belajar bahasa melayu/malaysia yang betul supaya aku leh score ti..hehehe. Insya Allah.

p/s: peribahasa pagar makan padi tak wujud langsung dalam BM, yang ada pegar makan padi.

Friday, January 6, 2012

Aduh sakit yer Karpal



Salam dan selamat sejahtera semua,

Ok, terus ke pertanyaan saya kepada anda semua, pernahkah anda merasa kesakitan di pergelangan tangan semasa menaip di komputer?

Jika anda mengalaminya kemungkinan anda mengalami Carpal Tunnel Syndrome. Penyakit ini pernah saya alami pada tahun 2001 dan amat tidak menyenangkan saya.

Penyakit ini membuatkan tangan anda bermula dari tapak tangan ke pergelangan berasa kebas dan sakit tapi tidak kekal lama. Ketika anda menaip anda dapat merasakannya juga namun selepas lagi terasa selepas anda habis menaip. Kesakitannya membuatkan anda terasa macam nak cabut jer tangan dan operate sendiri.
Untuk meredakannya, anda pasti kena jumpa doktor yang mahir tentang kecederaan otot dan tisu macam klinik fisio. Kemudian akan kena selalu jaga pemakanan dan penggunaan tangan dengan memastikan anda tak over used. Ubat mesti dimakan sehingga habis dan melakukan rawatan sendiri seperti ice treatment atau sapu oflen gel.

Thursday, January 5, 2012

Toksah belajar sastera


Dulu orang cakap nak jadi lawyer kena power sastera, pastu nak jadi doktor kena terer pure science dan macam-macam kena master lah. Tapi sekarang rasanya tak betul sangat teori tu sangat walau masih ada course yang perlu subjek tertentu untuk ambil course tertentu.

Tapi yang tak boleh blah bila ada yang kata kalo belajar sastera takleh maju, budak sastera paling ramai flop, budak sastera paling malas dan sebagainya. Ini bukan aku yang kata tapi adalah segelintir manusia yang spesis apa ntah. Mengata orang aliran sastera ni result SPM cukup makan je, masuk U atas dasar kesian dan macam-macam lagi tohmahan ye. Aku pun dulu aliran sastera-sains sosial tapi kat U dapat pure science, takda plak aku flop or jd bengong pun. Mungkin orang yang mengata ni jeles tahap cipan terbang kot kat org sastera yang berjaya.

Pastu, ada yg kata orang yg ada kelayakan Sijil Kemahiran, MLVK, Komuniti dan sewaktu dengannya kira level SPM jer. Pergh, lagi lah tak leh blah coz mereka ni berada dalam kelas tersendiri tau. Bukan semua leh hadap mesin-mesin, jentera even CPU lebih-lebih lagi kalo kena main dengan minyak. Sebab tulah negara kita asyik bergantung dengan tenaga kerja asing sebab asyik pandang orang yg ada kemahiran teknikal ni flop jg.

Jadi kepada pencacai yang cakap gitu, mungkin satu hari korang akan dapat anak ker apa ker yg ikut aliran ni. Mungkin masa tu korang akan telan air &@$#$% balik.


Wednesday, January 4, 2012

Johan RL sedara aku wo


Sekarang ni waktu pagi aku diceriakan dengan kehadiran Johan Raja Lawak di radio ERA. Bagi aku ERA boleh jd top semula sama mcm time arwah Din Beramboi ada walo lawak Johan kdg2 out of control.
Kebolehan Johan tiru suara n gaya selebriti dan mcm2 lagi merupakan booster tuk ERA up lg. Namun sejauh mana berkesannya Johan kat ERA, hanya masa menentukannya.
Aku pernah jumpa si Johan ni kat Carrefour, WM selepas Raja Lawak 1. Memang selebet pakaian mamat ni tapi itulah dirinya. Kalo tak tengok betul2 memang tak kenal sapa pun beliau tapi dari segi bercakap memang leh detect lah.
Tak kisahlah orang kata apa tentang dia kat ERA, si Johan ni memang & tetap sedara aku, sedara seagama (selagi dia tak out of tune ler)

Tuesday, January 3, 2012

Aku bukan Fixie

1st day kerja di tahun 2012 dengan nama jawatan baru tugas yg sama. Beban semakin bertambah sama seperti beban berat badan. Hehehe...harap2 dapat beli basikal hujung bulan ni tapi bukan Fixie lah.
Bulan ni quite struggle lah jugak, assignment kena buat, report kerja nak hantar, nak buat itu dan ini. Pergh..tensen gila lah jugak macam sapa ek? Hahaha...korang carilah sendiri.

Monday, January 2, 2012

Topeng Vendetta (Guy Fawkes)

Menurut laporan media semalam, acara sambutan tahun baru di Dataran Merdeka dikunjungi (olah ayat dicemari) oleh topeng V. Aku pun tertanya-tanya sapa si V tu even aku pernah dengar & cuba tonton cerita itu (tp haram tak paham coz belum dapat pencerahan). So aku google balik untuk dapat info cerita ni. Bila aku pahami & buat perbandingan plus dengan apa yg aku pelajari skrg, aku baru paham apa yang dikatakan

People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people.

Quotes ni sama dengan teori dan hujah John Locke (1632-1704) yang dinyatakan dalam buku Two Treatises of Government. Beliau telah menyatakan tentang konsep persetujuan atau amanah rakyat iaitu kebertanggungjawaban pemerintah untuk mengurus amanah yang diberikan oleh rakyat. Manakala rakyat perlu tunduk kepada arahan pemerintah selagi tidak melampaui kewajaran dan pecah amanah. Jika berlaku, rakyat perlu bangkit dan menukar pemerintah dan pemerintah tidak boleh menyalahkan rakyat jika berlaku hal begitu.

Manakala dalam Islam itu sendiri telah dinyatakan dengan begitu banyak dan jelas mengenai peranan pemerintah dan rakyat di dalam Al-Quran dan hadis. Bukti yang mudah di fahami ialah piagam Madinah yang dibentuk untuk memastikan setiap rakyat mendapat hak yang sewajarnya. Manakala pemerintah perlu bertanggungjawab kepada amanah kerana kelak ia akan di tanya Allah di padang Masyar.

Kat bawah ni, terdapat beberapa quotes yang aku rasakan sesuai dengan keadaan semasa.

Beneath this mask there is more than flesh. Beneath this mask there is an idea, Mr. Creedy, and ideas are bulletproof (quotes from V for Vendetta)

Artists use lies to tell the truth, while politicians use them to cover the truth up (quotes from Evey Hammod)

Our integrity sells for so little, but it is all we really have. It is the very last inch of us, but within that inch, we are free. (quotes from Valerie Page)

Sunday, January 1, 2012

Selamat dah tukar tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, masih bernafas aku lagi setelah bertukar tahun. Tahun ni banyak betul plan aku dari awal tahun pai ler hujung tahun. Harap-harap semua berjalan dengan ok, lancar tak tau lagi..hihihi.
Malam tadi rasanya show bunga api yang paling banyak lama pernah aku saksikan. Tengok depan umah jer, dah leh nampak satu KL. So, azam aku tahun ni adalah untuk pastikan blog ni terupdate selalu, tak kisahlah dengan apa citenya. Minimum satu post jadi, hehehe kalo mcm dulu berpost2...
Amin.