Persoalannya jika selama ini kita menggunakan RON97 kerana di katakan tanpa plumbum, berkuasa serta memberi pelindungan kpd enjin. Kenapa tidak dikekal sahaja RON97 pada harga asal? Manakala RON 92 di naiktaraf kepada RON 95 dan jika RON 92 tidak sesuai untuk kenderaan maka sepatutnya RON 92 di mansuhkan sudah lama dan diganti dgn RON 95. Hakikatnya, adakah kita pengguna bijak atau sekadar burung kakak tua? Mgkn ada yg berkata kita tidak reti bersyukur namun nikmat ini datang dari Allah Maha Esa, bila-bila sahaja Dia boleh menariknya. Sila ikuti petikan berita di bawah:
21 Feb - RON95 Bermutu Diperkenal
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan petrol RON95 yang lebih berkualiti bagi menggantikan RON92, manakala harga RON97 akan dinaikkan mulai Julai ini. |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata pada masa ini, petrol RON92 dijual pada harga runcit RM1.70 seliter, manakala RON97, RM1.80 seliter.
Katanya, petrol RON95 juga akan dijual pada harga runcit RM1.70 sen seliter.
Katanya kenaikan petrol RON97 adalah bagi menggalakkan rakyat menggunakan RON95 yang mempunyai kualiti lebih baik daripada RON92 untuk kenderaan prestasi biasa.
Bagaimanapun, katanya kerajaan memberi jaminan kenaikan harga petrol RON97 yang belum diputuskan adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat.
Ketika ini, dua gred petrol iaitu RON92 dan RON97 dijual di stesen minyak tetapi lebih 80 peratus pemilik kenderaan memilih menggunakan RON97 kerana RON92 didakwa kurang sesuai untuk kereta.
"RON95 adalah petrol tanpa plumbum yang sesuai digunakan untuk semua kenderaan termasuk keluaran Proton, Perodua, Toyota dan BMW, manakala RON97 lebih sesuai untuk kenderaan prestasi tinggi seperti enjin turbo dan harganya lebih mahal (berbanding RON95 atau RON92)," katanya pada sidang media di sini semalam.
Katanya, RON95 juga digunakan secara meluas di negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
"Justeru, penggunaan RON97 (untuk kereta biasa) adalah suatu pembaziran dan kerajaan berpendapat tiba masa pengguna sedar dan tidak dipengaruhi iklan syarikat minyak yang kononnya menawarkan pelbagai jenis petrol berkualiti tinggi dengan harga lebih mahal," katanya.
Katanya, kerajaan juga akan mengadakan sesi penerangan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kebaikan RON95.
Pada masa sama, Shahrir juga menafikan kerajaan akan mengapungkan harga RON97 yang akan menyaksikan ia dijual pada harga pasaran minyak dunia.
"Perkara itu timbul kerana mereka (pengusaha stesen minyak) kurang faham mengenai teknologi dan latar belakang penggunaan minyak sebaliknya hanya tahu berniaga," katanya.
Mengenai pakej rangsangan ekonomi kedua, beliau berkata, kementerian mencadangkan supaya syarikat pengangkutan minyak diberi subsidi bagi menampung kos operasi sekali gus mengurangkan perbezaan harga di bandar dan luar bandar.
Sumber: Berita Harian
10 comments:
Harapan saya agar kerajaan mengambil perhatian pada golongan pelajar sebelum menaikkan harga minyak... Jgn terlalu melampau... suatu masa, kami terpaksa berjalan kaki kerana harga minyak terlalu mahal... tp syukur kerana masih lg diberi keupayaan dr Yg Maha Esa untuk bergerak
fuck org yg naikan harga minyak..makin susah hidup aku
diorang memang suka putar belit fakta janji poke diorang berduit...cam cittttt
aduhaiii,,,
term Esso ya salah bah..
"RON97 hanya sesuai untuk kereta mewah dan berkuasa tinggi."
nya nak madah RON97 hanya wajib diguna untuk enjin yang wajib memerlukan RON97 macam Suzuki SX4.. blabla. enjin turbo mudah nak makei RON97, manakala minyak RON92 (regular yg kaler mirah dolok) n RON95 adalah minimum requirement untuk sesetengah keta (perodua make la contohnya).
josh~
yer, kenaikan mmg tak dpt di elakkan namun acapkali ia di naikkan dgn menggunakan alasan yg sama.
kaum muda yakuza~
rilek bro, prinsip diaorg senang jer
'nak taknak telan jgk'
~O~
hehehe...masih ada org gak yg nampak
sutera putih~
sakit tang mana tue?
eusz~
ya betul, namun persoalannya, sapa punya keja kata guna RON97 tuk semua jenis keta dgn alasan menjaga alam sekitar?
jgn hanya lihat dr luaran, cuba lihat dr sudut yg berbeza.
capitalist is a silent killer
-_-! haish *mengeluh* lagi, walaupun isu minyak naik ni dah lama.
ada masa silalah ke blog aku.
Post a Comment