Saturday, January 31, 2009

Mana anda pilih?


Fanatik Bahasa - Jangan Sampai Jual Bangsa Dan Agama

"Pertama, mereka sanggup menjual perjuangan bangsa. Kedua, mereka sanggup menjual agama.
Kesanggupan menjual perjuangan bangsa boleh kita lihat dengan jelas apabila mereka bersekongkol dengan pembangkang demi menentang program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)" - pemuda UMNO


Kekeliruan yang ditimbulkan maka anak2 kita menjadi mangsa percubaan yang tiada asasnya.
Arakian selama ini kita diajar dalam bahasa Melayu dsb sains dan matematik, maka 2002 bermula sejarah anak2 kita di ajar dalam Bahasa Inggeris.
Kenapa ia berlaku telah diperjelaskan mereka namun kesannya kepada Bahasa Melayu itu sendiri tidak di ambil kira. Aku sendiri tertanya kurang berjayakah kita dalam ilmu penafsiran bahasa atau ia sekadar cubaan menyatukan bangsa Malaysia.
Benar hanya matapelajaran ini yang dikongsi bersama dalam semua jenis sekolah dan diajar dalam suatu bahasa yang sama. Namun persoalannya kenapa Inggeris yang digunakan dan bukan Bahasa Melayu?
Seandainya matapelajaran ini di ajar dalam bahasa Melayu maka tahap penguasaan bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan akan meningkat. Maka kita akan dapat membentuk satu bangsa Malaysia yang berjaya dan sekolah2 jenis kebangsaan tiada penafiaan dalam pelaksanaanya. Isu saya kurang atau tidak boleh cakap Melayu tidak akan wujud lagi.
Nilai Sentimen - (Peristiwa-peristiwa Penting Perancangan Bahasa Sebelum dan Selepas Merdeka , STPM Bahasa Melayu)
elayu sebagai bahasa kebangsaan adalah sesuatu penghormatan yang paling tinggi bagi bahasa tersebut sebagai bahasa Kebangsaan. Sesebuah negara memang bertujuan untuk memenuhi keperluan sentimen rakyatnya. Rakyat Malaysia yang baru merdeka dan terdiri daripada berbagai-bagai kaum, memerlukan suatu kesedaran kebangsaan. Mempunyai satu bahasa tentulah membantu menimbulkan kesedaran tersebut.

1 comment:

khairul onggon said...

Oh Malaysiaku!!!! Org Jepun pegi mane2 pun cakap Jepun.. org German dgn bahsa sendiri, org Turki ngan bahsa sendiri, org Peranchis dgn bahsa diaorg sendirik waima di persidangan antarbangsa sekalipun..

kita org Melayu cakap Inggeris sesama melayu.. Anak2 sendiri dipaksa cakap bahsa Inggeris tapi lam masa yg sama nak mendaulatkan bahsa ibunda konon.. pikir2kanlah.. cheewah..

*** Lawa disclaimer tu.. stylo..