Saturday, January 31, 2009

Mana anda pilih?


Fanatik Bahasa - Jangan Sampai Jual Bangsa Dan Agama

"Pertama, mereka sanggup menjual perjuangan bangsa. Kedua, mereka sanggup menjual agama.
Kesanggupan menjual perjuangan bangsa boleh kita lihat dengan jelas apabila mereka bersekongkol dengan pembangkang demi menentang program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)" - pemuda UMNO


Kekeliruan yang ditimbulkan maka anak2 kita menjadi mangsa percubaan yang tiada asasnya.
Arakian selama ini kita diajar dalam bahasa Melayu dsb sains dan matematik, maka 2002 bermula sejarah anak2 kita di ajar dalam Bahasa Inggeris.
Kenapa ia berlaku telah diperjelaskan mereka namun kesannya kepada Bahasa Melayu itu sendiri tidak di ambil kira. Aku sendiri tertanya kurang berjayakah kita dalam ilmu penafsiran bahasa atau ia sekadar cubaan menyatukan bangsa Malaysia.
Benar hanya matapelajaran ini yang dikongsi bersama dalam semua jenis sekolah dan diajar dalam suatu bahasa yang sama. Namun persoalannya kenapa Inggeris yang digunakan dan bukan Bahasa Melayu?
Seandainya matapelajaran ini di ajar dalam bahasa Melayu maka tahap penguasaan bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan akan meningkat. Maka kita akan dapat membentuk satu bangsa Malaysia yang berjaya dan sekolah2 jenis kebangsaan tiada penafiaan dalam pelaksanaanya. Isu saya kurang atau tidak boleh cakap Melayu tidak akan wujud lagi.
Nilai Sentimen - (Peristiwa-peristiwa Penting Perancangan Bahasa Sebelum dan Selepas Merdeka , STPM Bahasa Melayu)
elayu sebagai bahasa kebangsaan adalah sesuatu penghormatan yang paling tinggi bagi bahasa tersebut sebagai bahasa Kebangsaan. Sesebuah negara memang bertujuan untuk memenuhi keperluan sentimen rakyatnya. Rakyat Malaysia yang baru merdeka dan terdiri daripada berbagai-bagai kaum, memerlukan suatu kesedaran kebangsaan. Mempunyai satu bahasa tentulah membantu menimbulkan kesedaran tersebut.

Perasan tak?

korang perasaan tak kelainanan gambar tersebut? Jgn tak cari kalo anda anak bangsa Malaysia, yg best nya 3 org besar negara kat situ. Huhuk...

Salah Kita - malaysiakini

Salah Kita - malaysiakini

Posted using ShareThis

if you have/face a new brother and sister (converted to Islam), please lead, teach and care them sincerely. No prejudice in Islam and Islam for all- what a shame for those jack of all trades, master of none.

Friday, January 30, 2009

Ayah&Ibu

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari

Yang dikurniakan dari Illahi
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Setiap kali muncul masalah remaja atau konflik jiwa, maka sekonyong2nya ibubapa dipertanggungjawabkan. Dulu, kini dan selamanya tiada ibubapa yg ingin anaknya menjadi tidak@ kurang baik waiman sekelumit dalam hati.
Sekalipun ia disebabkan atas kesilapan atau kesalahan ibu@bapa kita, janganlah disimpan dendam di dalam hati. Maafkanlah walau amat sukar dimaafkan kerana ia akan menjadi soalan kepada kita di sana kelak. Wallahualam.

Thursday, January 29, 2009

Jin oh Jin

Arakian Bernama TV- Hello Malaysia hari ini membincangkan tentang perihal jin, syaitan dan makhluk halus dalam kehidupan seharian. Malahan topik ini sering diperkatakan membelenggu umat Islam khususnya di kampung2 dan pinggiran bandar. Sementelah kita menerokai alam ghaib ini, kita jangan lupa akan sikap manusia yg mengalahkan jin atau syaitan ini. Malah sekarang ini hal mengenai saka sering dibincangkan seperti menunjukkan kekhilafan orang2 dahulu ( mgkn keturunan kita dsb) secara langsung.

"Surat Saba' ayat 14:
Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan.
"sebaik-baik manusia, sejahat-jahat jin".
Entah siapa yang mengajar frasa ini sampaikan para perawat pun suka guna ayat ni. Frasa yang tidak diketahui asal-usulnya ini menjadi penyedap bila bersembang tentang jin.

6/12 Kejahatan Yahudi

1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta karena tidak mau mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.”

2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. mereka menjawab: “Kami dengar, dan Kami menderhaka”. sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):” amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.”

3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.”

“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: “(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).”

4. Merubah perintah Allah.
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya Dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa Kami ‘; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.”
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).”

5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.”

6. Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

5 Perkara Aneh

Kisah 5 perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

petikan dari SD.

Hari Kasiku kasimu

tulang & tengkorak St. Valentino di Sepangyol.

Valentine Day

Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Ya, Rabbi...

Rabbi Yahudi: Kami Berhak membunuh walau sejuta rakyat Palestin!


Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Akbar di Saudi, Al-Watan yang disiarkan, Sabtu lepas, seorang Rabbi Yahudi-Zionis telah mengeluarkan kenyataan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan yang mengerikan itu bagi mereka yang sudah melakukan kejahatan pembantaian terhadap orang Palestin.


Menurut akhbar Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa pembantaian Israel di Jalur Gaza amat sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap pembantaian seperti itu sebagai: ” Bentuk hukuman kepada musuh”.


Dalam kesempatan itu, pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa tidak akan ada masalah sama sekali dalam hal pembantaian terhadap orang Palestin ,bahkan jika satu juta atau lebih dari mereka terbunuh di tangan pasukan pendudukan Israel, itupun tidak ada masalah, ujar Rabbi itu.


Rabbi, Mordachi Elyaho, yang mengutip ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zionist, dan Rabbi Mordachi telah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, yang berisi artikel yang memungkinkan orang-orang Yahudi, melaksanakan gagasan besar , tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.


“Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggungjawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam” kata Elyaho, dalam suratnya ke Olmert. Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel, terutama Olmert melanjutkan serangan ganas militer ke Gaza. Ini kerana menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk : “Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah”.


Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya adalah wajar.


Mengutip sebahagian dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : “Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10.000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan membunuh orang-orang Palestin “, tegas Rabbi Sholomon.


Dalam Mazmur mengatakan: ” Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis “, menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zionis-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuhi orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. Ini sudah menjadi keyakinan mereka.


- sahabatpalestin.blogspot.com- Thanks SD

Wednesday, January 28, 2009

Blogger or bolog?

semalam ada diskusi tentang BLOGGER di Bernama TV mengenai patutkah para blogger ini dikawal? Arakian, bertalu2 pandangan dan jawapan yg dikemukan oleh para panel dan pemanggil mengenai cadangan ini.
Rumusan yang aku dapati, tiada satu pun langkah yg boleh dilakukan dalam hal ini kecuali dgn akta yang sedia ada OSA, ISA, Akta Media cetak, Akta Multimedia dsb.
Ini kerna para blogger bukan orang yg kurang ilmunya dan para pembaca bukan cetek pengetahuan dan pemikiran untuk membezakan baik dan buruk. Namun kerana sesuatu isu mengenai blogger yg salah pembawakannya dibiarkan berleluasa maka yg lain terpalit jua.
Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, marahkan nyamuk kelambu dibakar, the war for all againts all.

Tuesday, January 27, 2009

the good, bad, ugly

cite ni menjadi kegilaan zaman late 70's masa tu aku belum lahir lagi. My mama always told me about this drama. Aku pernah tengok sekali 1 part cite ni masa aku stay/sekolah kat area Petaling Street.
Cite2 gini dah tak byk tayang lagi kat tv umum, nak tgk kena langgan astro wa lai tho (tul ke aku eja ni? hentam jelah). Tu yg x best sgt TV malaysia skrang, nasib baik lah ada cite P. Ramlee leh la dilayan. So aku embed video clip theme song cite ni.

Sunday, January 25, 2009

mari kalaoke lagi



ENJOY

Akademi Fantasia 7




akhirnya datang lagi rancangan realiti yg dinanti2 warga Researcher. Rupa2nya dalam diam2 ada yang telah dan pernah menghadiri audition di Astro tahun lepas. Sebenarnya mereka telah dipilih namun atas dasar sikap patriotik kepada negara, mereka rela mengundur diri.







inilah tugas2 dan keadaan yg terpaksa mereka lalui hingga mereka sanggup melepaskan peluang menjadi bintang2 tanahair. semoga pengorbanan mereka mendapat ganjaran setimpal dari negara.
Banzai!!!








kalaoke

Search&Destroy

Adakah begini rupanya team Search & Destroy, ilham si Onggon ti? Kalo lah team nya gini, matai semua orang bukan kena bunuh tapi terbunuh bila tengok mereka aja.





"Kepada sidak followers, terima kasih di atas sokongan kitakurang selamak tok. Sebagai menghargai jasa kitakurang, pilihlah antara 4 kaler di debah tok sebagai hadiah dari onggon.. Salam berkenalan dan Gong Xi Fa Cai!! Kelak kita jumpa di OBA 2009 gik k.. Hehehe.."
onggon yg bagitau, bukan pandai2 mintak sama beliau.




Makasih onggon! walo award sa x menang tapi masi ada saguhati yg diberi.
Sa x kisah tak menang tapi sa tunggu S & D team.
Apa2 hal, tahniah kepada semua pemenang2. Aramai tii!!!

Saturday, January 24, 2009

Our life

life is short.. to all we love, may Allah bless us forever.
all song are a memories....

http://www.youtube.com/watch?v=gvoQO_-CarE

Bola Lonjong


ha, mo cari sapa tu nagaperang? ada tu dalam ramai2. masa ni nagaperang masi kecik lagi, idak mcm sekarang. lari masi laju, orang langgar tak tentu jatuh lagi.
orang kata fit dan ada angin lagilah. stakat 100m tu leh lagi bawah 15sec. ini masa sa lawan MCOBA 2008 Liga KLRU. Mungkin mo sambung main lagilah pasni- masa pun ada.
tgklah ti mo kasi pump balik badan- mantap,mampat, tegap dan sendat.

MLM

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1734

topic ni ada dgr masa si onggon, the cat dan anak pak esa cita2 pasal gmana mo jadi kaya.
semua orang mgkn ada masuk MLM dan ada yg tertonggeng @ tertungging dek kerana kurang berjaya.
Biasalah kalo mo masuk MLM kena push berabis baru leh senang, tp bukan senang mo senang, bukan susah mo susah. Apapun ia datang dari kita sendiri dan Allah SWT.
Ingat DUIT- doa, usaha, iltizam dan tawakal.

Revival

Furishikiru ame no naka o
Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi

Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari

Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namida gumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuite ita

Arehodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozametari ribaribaru

Asu wo shiranu kako no monogatari
Are hodo hageshiku moet
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru

Thursday, January 22, 2009

why it happen??









tidak mustahil suatu hari ada dikalangan yang kita kenal menjadi begini akibat kezaliman segelintir anggota polis- walau mangsa ini orang india, tp masih Malaysian dan kenapa ada diantara mereka senang2 amik nyawa orang gitu aje...

kreatif kah kita

dunia hiburan Malaysia adalah terlalu mudah hingga pemikiran kita kadang2 tak berkembang.
mampukah dan bilakah pengisian rancangan2 yg berilmiah dalam apa jua bentuk cabang hiburan dapat dilakukan?
jawapannya terletak kepada mereka yang memegang kuasa penentu halatuju industri hiburan dan maklumat kita :)

Wednesday, January 21, 2009

dirty job

ni namanya linen chut merangkap tempat pengasingan kain2 kotoran seperti cadar, sarung bantal, tuala dsb untk hotel. Kerja2 ini dilakukan sebelum dihantar ke kilang dobi, maka bayangkan nasib pekerja di sini yg terpaksa menghadapi sebarang kemungkinan????
justeru itu saya menasihatkan kepada sesiapa yang tinggal di hotel agar menjaga kebersihan demi memastikan para pekerja tersebut dapat hidup lebih lama.

Sunday, January 18, 2009

i'm back


dah lama tak update blog ni.
TQVM kepada kawan2 yg bagi 'spark' tuk menulis semula.
Alhamdulillah, kerja sa sekarang benarkan sa tengok bulan dan matahari. Dulu bukan tak nampak tapi kurang lebih dari sekarang.
Semoga tahun ni bawa kebaikan kepada kita semua dan semoga neeshah jadi kenyataan