Tuesday, August 20, 2013

Bugis dan Politik Nusantara Bah.2

Daeng Rilaka dan anak-anaknya
Peranan Opu Daeng Bisaya sebagai pembesar yang dilantik oleh Belanda yang memudahkan penglibatan Daeng Rilaka dalam politik serantau. Ini kerana melalui adiknya, Daeng Rilaka berupaya memiliki armada dan ketumbukan tentera yang baik. Penghijrahan beliau bersama ayah saudaranya Daeng Matimo ke Tanah Melayu berpunca dari ketidakpuashatiaan mereka terhadap Arung Palakka berkenaan harta rampasan perang. Daeng Rilaka dan anak-anaknya (seibu sebapa) dalam proses migrasi ke Tanah Melayu telah berhenti di banyak tempat di Nusantara ini. Pada permulaanya mereka berhenti di Pulau Siantan, wilayah kepulauan Riau dan bertemu dengan orang Nakhoda Alang. Sehubungan itu berlakulah pernikahan antara Daeng Parani dengan anak Nakhoda Alang. Maka dari saat itu, berlaku pelbagai peristiwa yang membawa kepada kemakmuran nama mereka sebagai orang penting dalam politik nusantara.






1.      Peranan sebagai pelindung Kerajaan Matan
·         Opu Daeng Parani telah diminta mengadap Sultan Muhammad Zainudin di Matan, Kalimantan Barat.
·         Beliau telah bersetuju menikahkan adiknya Opu Daeng Menambuh dengan Puteri Kesumba.
·         Membantu Sultan Muhammad Zainudin menangkap Penambahan Agung kerana melakukan rampasan takhta.
·         Bijak menggunakan kedudukan sebagai waris pembesar Bugis apabila berhadapan dengan panglima Penambahan Agung yang juga orang Bugis dan Berjaya menangkap Penambahan Agung tanpa tentangan kuat.
·         Maka secara tidak langsung, orang Bugis berjaya membuka sebuah penempatan rasmi iaitu di Sebukit Rama dan kemudian di Mempawah, Kalimantan Barat.
·         Opu Daeng Menambuh digelar Pangeran Emas Seri Negara dan kemudian keturunannya bertanggungjawab menegakkan kerajaan Mempawah.
·         Kesimpulannya, jelas kelihatan orang Bugis telah lama diangkat sebagai panglima atau pembesar sesebuah kerajaan.

2.      Perjanjian dengan orang Dayak
·         Lanjutan kepada penumbuhan kerajaan Mempawah maka berlaku peperangan antara Daeng Menambuh dengan Pangeran Dipati dan anaknya.
·         Ini kerana Pangeran Dipati telah berperang dengan wakil Daeng Menambuh iatu Demang Rilaga angkara fitnah Raden Jaga anak kepada Pangeran Dipati.
·         Maka setelah kalah Pangeran Dipati, orang Dayak mengadakan perjanjian untuk tidak menyerang Mempawah dan taat setia kepada Daeng Menambuh[2].

3.      Peranan orang Bugis dalam politik Kedah
·         Penglibatan orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Parani adalah permintaan Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa pada awal abad ke-18.
·         Sebelum ini, pada tahun 1682 apabila adinda Sultan Dhiaudin telah meminta bantuan orang Bugis dari Selangor merampas takhta tetapi digagalkan dengan bantuan Belanda.
·         Namun peperangan ini dapat diredakan melalui politik perkahwinan namun tidak kekal lama.
·         Maka pada tahun 1724 ketika redanya kemelut di Johor, sekali lagi peperangan antara Raja Kecik dan Daeng Parani meletus.
·         Kesan peperangan ini pada tahun 1726,  mengakibatkan terbunuhnya Daeng Parani dan Sultan Muhammad Jiwa berjaya mengekalkan takhta.
·         Namun pada tahun 1756, orang Bugis yang diketuai oleh Raja Haji[3] menyerang Kedah kerana ingin menuntut bela dan menagih hutang  peperangan sebelum ini.
·         Pengaruh orang Bugis di Kedah semakin merosot akibat kekalahan Bugis dengan Belanda pada tahun 1784.

4.      Peranan dalam kemelut politik Johor-Riau (1699-1722)
·         Kewujudan kesultanan Johor adalah hasil susulan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511.
·         Kemangkatan Sultan Mahmud Syah di Kampar telah diganti oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang membuka Kesultanan Johor dan diakhiri dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah pada 1699.
·         Pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil dan menimbulkan ketidak puashatian Raja Kecil dari Siak yang mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Syah.
·         Ketika ini peranan orang Bugis masih tidak kelihatan dengan jelas kecuali selepas kematian Bendahara Tun Abdul Jalil yang mati dibunuh atas arahan Raja Kecik.
·         Pada awalnya Daeng Perani dan saudara-saudaranya ingin menyertai peperangan di Johor seandainya ada permintaan antara Sultan Abdul Jalil atau Raja Kecil.
·         Namun setelah diminta oleh Tengku Sulaiman untuk menuntut bela atas kematian ayahanda mereka, maka Daeng Parani bersetuju apatah lagi telah dijanjikan bahawa salah seorang mereka berlima akan dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda.
·         Maka pada tahun 1722, Raja Kecik atau Sultan Abdullah Jalil Rahmat Shah dihalau kembali ke Siak oleh orang Bugis.
·         Sehubungan itu, bermula kemunculan orang Bugis dalam Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Sumatra Barat.




[1] YDPM bermaksud Yang Dipertua Muda yang diperolehi dari Tengku Sulaiman, putera kepada Sultan Abdul Jalil yang mangkat dibunuh di Pahang. Tengku Sulaiman telah berjanji kepada Opu Lima Beradik untuk melantik salah seorang dari mereka sebagai YDPM sekiranya Berjaya mengalahkan Raja Kecik dan mengangkat Tengku Sulaiman sebagai sultan Johor dan Riau. YDPM yang dilantik berkuasa di Riau sehingga 1819.
[2] Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis editor Virginia Matheson, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, hlm 104-110
[3] Id.  hlm 185-188. Lihat rajah salasilah, Raja Haji merupakan anak kepada Daeng Chelak yang telah membantu Kedah dalam peperangan perebutan takhta. Serangan Raja Haji bukan hanya ingin menuntut bayaran tetapi menuntut hak sebagai pemerintah sebagaimana perjanjian terdahulu antara ayah saudara berlima itu dengan Sultan Dhiauddin.