Thursday, July 28, 2011

Tin Kosong

kuala besut,2011

Melintasi garisan sempadan yang cuba tidak diseberangi
Membuat diri bertanya apa yang dicari
Kalau bukan kebahagian yang hakiki
Serta ketenangan di dunia abadi

Namun kadangkala kedangkalan mengapai diri
Sehingga lupa perjalanan ini akan terhenti
Mungkin lusa esok atau sebentar nanti kita akan pergi
Pergi tak kembali walau ada yang tangisi pemergian ini

Langkah-langkah longlai meniti waktu
Walau ada tiang untuk berdiri sandarkan dirimu
Hakikatnya jika jiwa tiada padaMu
Semua itu akan berlalu
Berlalu umpama lohong kelabu

Semoga tiada keraguan membelenggu
Merantai dan melilit diri ini

Sunday, July 24, 2011

Julai

Sekarang aku bergelar penjaga keluarga, pelajar, pegawai, kekasih dan bakal suami kepada semua yang aku miliki. Semua berlaku dalam satu masa yang singkat; membuat aku terkeliru mana yang utama.
Semoga arwah abah bangga dengan pencapaian yang aku kecapi sekarang dan aku akan jaga semua ini dengan sebaik-baiknya.