Thursday, July 28, 2011

Tin Kosong

kuala besut,2011

Melintasi garisan sempadan yang cuba tidak diseberangi
Membuat diri bertanya apa yang dicari
Kalau bukan kebahagian yang hakiki
Serta ketenangan di dunia abadi

Namun kadangkala kedangkalan mengapai diri
Sehingga lupa perjalanan ini akan terhenti
Mungkin lusa esok atau sebentar nanti kita akan pergi
Pergi tak kembali walau ada yang tangisi pemergian ini

Langkah-langkah longlai meniti waktu
Walau ada tiang untuk berdiri sandarkan dirimu
Hakikatnya jika jiwa tiada padaMu
Semua itu akan berlalu
Berlalu umpama lohong kelabu

Semoga tiada keraguan membelenggu
Merantai dan melilit diri ini

Sunday, July 24, 2011

Julai

Sekarang aku bergelar penjaga keluarga, pelajar, pegawai, kekasih dan bakal suami kepada semua yang aku miliki. Semua berlaku dalam satu masa yang singkat; membuat aku terkeliru mana yang utama.
Semoga arwah abah bangga dengan pencapaian yang aku kecapi sekarang dan aku akan jaga semua ini dengan sebaik-baiknya.

Thursday, May 19, 2011

PERJANJIAN DENGAN ALLAH

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya.Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Acapkali kita berjanji dengan Allah ketika sembahyang. Namun habis salam, perjanjian kita itu luput sedikit demi sedikit dalam ingatan. Kealpaan ini menjadi kan jiwa tidak tenang malah hidup semakin tidak keruan. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNYA dan selamat dunia dan akhirat.

Tuesday, May 10, 2011

Sketsa Kehidupan



Pada suatu hari...

Anak: "Ibu, ibu. Kalau saya dapat markah 100%, berapa duit yang saya akan dapat?"

Ibu: "RM10 jer. Kenapa tanya gitu?"

Anak: "Oh, kalo gitu bak datang RM5 dulu; saya dapat 50% jer"

Ibu: "P.A.C tul punya anak"


Monday, May 2, 2011

Teka-teki

1. Kalau kita nampak pencuri apa kita buat?

2.Kalau nampak orang kena ragut, apa kita buat?

3. Kalau kawan kita tengah 'projek' apa patut kita buat?