Wednesday, May 21, 2008

Tiada Siapa Yang Hairan

Tiada apa yang nak dihairankan perginya Tun Det dari UMNO. Andai langkahnya dijejaki pun tiada siapa yang hairan. Malah tidak hairan berita ini dijadikan berita hairan di seluruh media massa kerana mereka hairan dengan kehairanan perangai Tun Det selepas bersara. Dulu masa Tun Det berkuasa, mereka mendiamkan kehairanan perangai Tun Det sebab mereka tak hairan selagi apa yang di hajati didapati. Sekarang, isu-isu hairan ini dipaparkan setiap hari hingga banyak berita hairan yang maha penting seperti tekanan harga barangan tidak di hairankan oleh mereka.
Jadi buat ape nak hairan tentang berita ini sedangkan mereka tidak pernah hairan dengan kesusahan rakyat.

KITA TUNGGU LAGI GIMIK HAIRAN YANG AKAN MEMENUHI MEDIA MASSA.

kelangsungan hingga ke December 2008. Lepas itu, wallahualam!!!

Sunday, May 18, 2008

Kenapa Beras Mahal

Kerajaan sudah tahu harga beras akan naik kerana setiap kenaikan ada indikator & tanda2 nya. Malah kerajaan mempunyai unit2 yg bertanggungjawab memantau setiap pergerakan harga pasaran dunia & tempatan. Jadi buat ape kite mengajikan menteri atau pengarah malah kakitangan tertentu andai gagal melihat indikator kenaikan harga barang.
Alasan2 yg diberikan amatlah tidak munasabah malah rakyat boleh berfikir lebih baik daripada mereka. Oleh itu, kerajaan gagal sekali lagi menyakinkan rakyat agar teguh di belakang mereka & terus memberi kepercayaan. Mungkin ada segelintir yang boleh diperbodohkan tapi bukan untuk kami yang punya semangat Naga Perang!!!