Showing posts with label maksiat. Show all posts
Showing posts with label maksiat. Show all posts

Thursday, March 19, 2009

Mengapa buat maksiat dalam TANDAS?

gambar di atas hanyalah hiasan, kalo mau marah jgn tgk TV @ jajan coz yg itu lagi real punyer (jangan marah k :)


Cikgu Amar sedang mengajar bahasa Melayu dalam kelas Tingkatan 5 Raya, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing-masing tentang tajuk "Mengapa remaja melakukan maksiat dalam tandas awam".

Hanim: Pada pendapat saya remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan menyewa hotel.

Azwan: Saya tidak bersetuju, kerana ada dikalangan mereka yang berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Alin: Mengikut firasat tok guru saya... mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel atau tempat yang lebih sesuai dan yang paling penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.

Bob: Saya tidak setuju cikgu bila Alin kata remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Alin: Kenapa pulak? Bukankah mereka yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama dan tidak tahu menghayatinya.

Cikgu Amar: (Bertanya kepada Bob) Kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat Alin tadi?

Bob: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas dan jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Amar: (Dalam hati) Rosak murid aku sorang ni!

---------
MORAL:

Binatang pun tidak membiang di tempat dia membuang najis. Jauhilah maksiat dan jangan mempersendakan Islam. Malaikat tidak perlu masuk tandas, atau hotel atau rumah untuk mencatat amalan buruk seseorang manusia.

Artikel ini adalah sumbangan senol, seorang warga Megasutra.