Daeng Rilaka dan anak-anaknya
Peranan
Opu Daeng Bisaya sebagai pembesar yang dilantik oleh Belanda yang memudahkan
penglibatan Daeng Rilaka dalam politik serantau. Ini kerana melalui adiknya,
Daeng Rilaka berupaya memiliki armada dan ketumbukan tentera yang baik. Penghijrahan beliau bersama ayah
saudaranya Daeng Matimo ke Tanah Melayu berpunca dari ketidakpuashatiaan mereka
terhadap Arung Palakka berkenaan harta rampasan perang. Daeng Rilaka dan
anak-anaknya (seibu sebapa) dalam proses migrasi ke Tanah Melayu telah berhenti
di banyak tempat di Nusantara ini. Pada permulaanya mereka berhenti di Pulau
Siantan, wilayah kepulauan Riau dan bertemu dengan orang Nakhoda Alang.
Sehubungan itu berlakulah pernikahan antara Daeng Parani dengan anak Nakhoda
Alang. Maka dari saat itu, berlaku pelbagai peristiwa yang membawa kepada
kemakmuran nama mereka sebagai orang penting dalam politik nusantara.
1.
Peranan
sebagai pelindung Kerajaan Matan
·
Opu Daeng Parani telah diminta mengadap
Sultan Muhammad Zainudin di Matan, Kalimantan Barat.
·
Beliau telah bersetuju menikahkan
adiknya Opu Daeng Menambuh dengan Puteri Kesumba.
·
Membantu Sultan Muhammad Zainudin
menangkap Penambahan Agung kerana melakukan rampasan takhta.
·
Bijak menggunakan kedudukan sebagai
waris pembesar Bugis apabila berhadapan dengan panglima Penambahan Agung yang
juga orang Bugis dan Berjaya menangkap Penambahan Agung tanpa tentangan kuat.
·
Maka secara tidak langsung, orang Bugis
berjaya membuka sebuah penempatan rasmi iaitu di Sebukit Rama dan kemudian di Mempawah,
Kalimantan Barat.
·
Opu Daeng Menambuh digelar Pangeran Emas
Seri Negara dan kemudian keturunannya bertanggungjawab menegakkan kerajaan
Mempawah.
·
Kesimpulannya, jelas kelihatan orang
Bugis telah lama diangkat sebagai panglima atau pembesar sesebuah kerajaan.
2.
Perjanjian
dengan orang Dayak
·
Lanjutan kepada penumbuhan kerajaan
Mempawah maka berlaku peperangan antara Daeng Menambuh dengan Pangeran Dipati
dan anaknya.
·
Ini kerana Pangeran Dipati telah
berperang dengan wakil Daeng Menambuh iatu Demang Rilaga angkara fitnah Raden
Jaga anak kepada Pangeran Dipati.
·
Maka setelah kalah Pangeran Dipati,
orang Dayak mengadakan perjanjian untuk tidak menyerang Mempawah dan taat setia
kepada Daeng Menambuh[2].
3.
Peranan
orang Bugis dalam politik Kedah
·
Penglibatan orang Bugis yang diketuai
oleh Daeng Parani adalah permintaan Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa
pada awal abad ke-18.
·
Sebelum ini, pada tahun 1682 apabila
adinda Sultan Dhiaudin telah meminta bantuan orang Bugis dari Selangor merampas
takhta tetapi digagalkan dengan bantuan Belanda.
·
Namun peperangan ini dapat diredakan
melalui politik perkahwinan namun tidak kekal lama.
·
Maka pada tahun 1724 ketika redanya
kemelut di Johor, sekali lagi peperangan antara Raja Kecik dan Daeng Parani
meletus.
·
Kesan peperangan ini pada tahun
1726, mengakibatkan terbunuhnya Daeng
Parani dan Sultan Muhammad Jiwa berjaya mengekalkan takhta.
·
Namun pada tahun 1756, orang Bugis yang
diketuai oleh Raja Haji[3]
menyerang Kedah kerana ingin menuntut bela dan menagih hutang peperangan sebelum ini.
·
Pengaruh orang Bugis di Kedah semakin
merosot akibat kekalahan Bugis dengan Belanda pada tahun 1784.
4.
Peranan
dalam kemelut politik Johor-Riau (1699-1722)
·
Kewujudan kesultanan Johor adalah hasil
susulan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511.
·
Kemangkatan Sultan Mahmud Syah di Kampar
telah diganti oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang membuka Kesultanan Johor
dan diakhiri dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah pada 1699.
·
Pemerintahan diambil alih oleh Bendahara
Tun Abdul Jalil dan menimbulkan ketidak puashatian Raja Kecil dari Siak yang
mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Syah.
·
Ketika ini peranan orang Bugis masih
tidak kelihatan dengan jelas kecuali selepas kematian Bendahara Tun Abdul Jalil
yang mati dibunuh atas arahan Raja Kecik.
·
Pada awalnya Daeng Perani dan
saudara-saudaranya ingin menyertai peperangan di Johor seandainya ada
permintaan antara Sultan Abdul Jalil atau Raja Kecil.
·
Namun setelah diminta oleh Tengku
Sulaiman untuk menuntut bela atas kematian ayahanda mereka, maka Daeng Parani
bersetuju apatah lagi telah dijanjikan bahawa salah seorang mereka berlima akan
dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda.
·
Maka pada tahun 1722, Raja Kecik atau
Sultan Abdullah Jalil Rahmat Shah dihalau kembali ke Siak oleh orang Bugis.
·
Sehubungan itu, bermula kemunculan orang
Bugis dalam Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Sumatra Barat.
[1]
YDPM bermaksud Yang Dipertua Muda yang diperolehi dari Tengku Sulaiman,
putera kepada Sultan Abdul Jalil yang mangkat dibunuh di Pahang. Tengku
Sulaiman telah berjanji kepada Opu Lima Beradik untuk melantik salah seorang
dari mereka sebagai YDPM sekiranya Berjaya mengalahkan Raja Kecik dan
mengangkat Tengku Sulaiman sebagai sultan Johor dan Riau. YDPM yang dilantik
berkuasa di Riau sehingga 1819.
[2]
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis editor Virginia Matheson, Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti, hlm 104-110
[3] Id. hlm 185-188. Lihat rajah salasilah, Raja Haji
merupakan anak kepada Daeng Chelak yang telah membantu Kedah dalam peperangan
perebutan takhta. Serangan Raja Haji bukan hanya ingin menuntut bayaran tetapi
menuntut hak sebagai pemerintah sebagaimana perjanjian terdahulu antara ayah
saudara berlima itu dengan Sultan Dhiauddin.
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment