Tuesday, August 20, 2013

Bugis dan Politik Nusantara Bah.2

Daeng Rilaka dan anak-anaknya
Peranan Opu Daeng Bisaya sebagai pembesar yang dilantik oleh Belanda yang memudahkan penglibatan Daeng Rilaka dalam politik serantau. Ini kerana melalui adiknya, Daeng Rilaka berupaya memiliki armada dan ketumbukan tentera yang baik. Penghijrahan beliau bersama ayah saudaranya Daeng Matimo ke Tanah Melayu berpunca dari ketidakpuashatiaan mereka terhadap Arung Palakka berkenaan harta rampasan perang. Daeng Rilaka dan anak-anaknya (seibu sebapa) dalam proses migrasi ke Tanah Melayu telah berhenti di banyak tempat di Nusantara ini. Pada permulaanya mereka berhenti di Pulau Siantan, wilayah kepulauan Riau dan bertemu dengan orang Nakhoda Alang. Sehubungan itu berlakulah pernikahan antara Daeng Parani dengan anak Nakhoda Alang. Maka dari saat itu, berlaku pelbagai peristiwa yang membawa kepada kemakmuran nama mereka sebagai orang penting dalam politik nusantara.






1.      Peranan sebagai pelindung Kerajaan Matan
·         Opu Daeng Parani telah diminta mengadap Sultan Muhammad Zainudin di Matan, Kalimantan Barat.
·         Beliau telah bersetuju menikahkan adiknya Opu Daeng Menambuh dengan Puteri Kesumba.
·         Membantu Sultan Muhammad Zainudin menangkap Penambahan Agung kerana melakukan rampasan takhta.
·         Bijak menggunakan kedudukan sebagai waris pembesar Bugis apabila berhadapan dengan panglima Penambahan Agung yang juga orang Bugis dan Berjaya menangkap Penambahan Agung tanpa tentangan kuat.
·         Maka secara tidak langsung, orang Bugis berjaya membuka sebuah penempatan rasmi iaitu di Sebukit Rama dan kemudian di Mempawah, Kalimantan Barat.
·         Opu Daeng Menambuh digelar Pangeran Emas Seri Negara dan kemudian keturunannya bertanggungjawab menegakkan kerajaan Mempawah.
·         Kesimpulannya, jelas kelihatan orang Bugis telah lama diangkat sebagai panglima atau pembesar sesebuah kerajaan.

2.      Perjanjian dengan orang Dayak
·         Lanjutan kepada penumbuhan kerajaan Mempawah maka berlaku peperangan antara Daeng Menambuh dengan Pangeran Dipati dan anaknya.
·         Ini kerana Pangeran Dipati telah berperang dengan wakil Daeng Menambuh iatu Demang Rilaga angkara fitnah Raden Jaga anak kepada Pangeran Dipati.
·         Maka setelah kalah Pangeran Dipati, orang Dayak mengadakan perjanjian untuk tidak menyerang Mempawah dan taat setia kepada Daeng Menambuh[2].

3.      Peranan orang Bugis dalam politik Kedah
·         Penglibatan orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Parani adalah permintaan Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa pada awal abad ke-18.
·         Sebelum ini, pada tahun 1682 apabila adinda Sultan Dhiaudin telah meminta bantuan orang Bugis dari Selangor merampas takhta tetapi digagalkan dengan bantuan Belanda.
·         Namun peperangan ini dapat diredakan melalui politik perkahwinan namun tidak kekal lama.
·         Maka pada tahun 1724 ketika redanya kemelut di Johor, sekali lagi peperangan antara Raja Kecik dan Daeng Parani meletus.
·         Kesan peperangan ini pada tahun 1726,  mengakibatkan terbunuhnya Daeng Parani dan Sultan Muhammad Jiwa berjaya mengekalkan takhta.
·         Namun pada tahun 1756, orang Bugis yang diketuai oleh Raja Haji[3] menyerang Kedah kerana ingin menuntut bela dan menagih hutang  peperangan sebelum ini.
·         Pengaruh orang Bugis di Kedah semakin merosot akibat kekalahan Bugis dengan Belanda pada tahun 1784.

4.      Peranan dalam kemelut politik Johor-Riau (1699-1722)
·         Kewujudan kesultanan Johor adalah hasil susulan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511.
·         Kemangkatan Sultan Mahmud Syah di Kampar telah diganti oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang membuka Kesultanan Johor dan diakhiri dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah pada 1699.
·         Pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil dan menimbulkan ketidak puashatian Raja Kecil dari Siak yang mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Syah.
·         Ketika ini peranan orang Bugis masih tidak kelihatan dengan jelas kecuali selepas kematian Bendahara Tun Abdul Jalil yang mati dibunuh atas arahan Raja Kecik.
·         Pada awalnya Daeng Perani dan saudara-saudaranya ingin menyertai peperangan di Johor seandainya ada permintaan antara Sultan Abdul Jalil atau Raja Kecil.
·         Namun setelah diminta oleh Tengku Sulaiman untuk menuntut bela atas kematian ayahanda mereka, maka Daeng Parani bersetuju apatah lagi telah dijanjikan bahawa salah seorang mereka berlima akan dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda.
·         Maka pada tahun 1722, Raja Kecik atau Sultan Abdullah Jalil Rahmat Shah dihalau kembali ke Siak oleh orang Bugis.
·         Sehubungan itu, bermula kemunculan orang Bugis dalam Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Sumatra Barat.




[1] YDPM bermaksud Yang Dipertua Muda yang diperolehi dari Tengku Sulaiman, putera kepada Sultan Abdul Jalil yang mangkat dibunuh di Pahang. Tengku Sulaiman telah berjanji kepada Opu Lima Beradik untuk melantik salah seorang dari mereka sebagai YDPM sekiranya Berjaya mengalahkan Raja Kecik dan mengangkat Tengku Sulaiman sebagai sultan Johor dan Riau. YDPM yang dilantik berkuasa di Riau sehingga 1819.
[2] Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis editor Virginia Matheson, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, hlm 104-110
[3] Id.  hlm 185-188. Lihat rajah salasilah, Raja Haji merupakan anak kepada Daeng Chelak yang telah membantu Kedah dalam peperangan perebutan takhta. Serangan Raja Haji bukan hanya ingin menuntut bayaran tetapi menuntut hak sebagai pemerintah sebagaimana perjanjian terdahulu antara ayah saudara berlima itu dengan Sultan Dhiauddin.

Monday, June 24, 2013

Bugis dan Politik Nusantara Bah.1

Apa yang dipaparkan ini merupakan satu pendapat terhadap penglibatan orang Bugis dalam politik Nusantara pada abad ke 18. Setiap fakta atau penceritaan ini berdasarkan kepada hasil kajian sekunder dan pencerahan pensyarahku. Saya meminta maaf andai terdapat kekhilafan, kekurangan fakta dan gaya penulisan yang kurang sempurna. Diharap ada yang sanggup membantu dalam memantapkan pengisahan ini.

Pendahuluan
Orang Bugis merupakan salah satu kaum yang mendiami Ujung Padang atau Makasar, Sulawesi Selatan, Indonesia sebelum kurun ke-15 lagi. Orang Bugis mempunyai sistem pemerintahan tersendiri yang bebas dari pengaruh Hindu dan Buddha. Menurut catatan Tuhfat Al-Nafis, kononnya orang Bugis ini berhubungkait dengan keturunan Ratu Balkis isteri kepada Nabi Sulaiman as.[1]Malahan mereka mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri dan silih berganti bermula dari kerajaan Bone, Makassar, Sopeng serta Wajo dan diakhiri dengan terkuburnya pemerintahan beraja angkara Order Lama Soekarno.[2] Diberitakan juga pengislaman orang Bugis bermula dengan Raja Opu La Maddusilat dan diikuti oleh sekalian rakyat.

Penghijrahan
Keunikan dan kemahiran orang Bugis dalam bidang maritim, perniagaan dan strategi peperangan menjadikan mereka satu kaum yang dihormati. Ini kerana sebagai pelaut dan pedagang segala kemahiran mengenai pengurusan, pengawalan kawasan serta komunikasi dimiliki dengan baiknya. Malahan sikap tidak takut mati dan berani kerana benar membuatkan mereka tidak mempunyai masalah mengembara atau belayar ke kawasan asing. Orang Bugis mempunyai semangat belayar yang dinamakan sompe dan melalui semangat ini mereka berani membuka penempatan baru. Ini kerana orang Bugis telah diterapkan dengan kata-kata ‘di mana perahu sampai, di sana kehidupan ditegakkan’ (kegisi monro sore’ lopie, ko situ tomallabu sengereng). Setiap orang Bugis perlu melengkapkan dirinya dengan segala ilmu dan harus merendah diri sebelum berhijrah iaitu ’Jikalau belayar ke negeri lain, isi dirimu dengan rasa malu, justeru oleh kerana rasa malulah sehingga seseorang disebut manusia’(narekko sompe’ko lai mebela ri lipu laingnge, taroi laloialemu siri masaba siri itu natoria seng tau).  Penghijrahan orang Bugis bukan sahaja kerana berlaku ketidakamanan di tempat asal angkara sistem autoraktik pemerintah di saat itu atau masalah peribadi (keluarga) tetapi turut dipengaruhi faktor peperangan. Peperangan demi peperangan dalaman atau luaran seperti peperangan antara Kerajaan Bone dengan Gowa membuatkan kebanyakan orang Bugis berhijrah ke kawasan lain 

Penglibatan awal orang Bugis dalam politik serantau
            Dalam membahaskan peranan orang Bugis dalam politik serantau pelbagai faktor telah dijelaskan sebelum ini. Namun masih banyak yang perlu dibicarakan dalam mengetahui peranan orang Bugis terutamanya luar dari konteks kebiasaan. Kebanyakan melihat penglibatan politik orang Bugis dilihat berdasarkan kisah Kesultanan Johor- Riau sahaja. Hakikatnya orang Bugis telah lama menglibatkan diri dalam politik nusantara.
 Penglibatan orang Bugis dalam politik serantau telah bermula dengan peranan anak-anak Raja Opu La Maddusilat. Anak yang pertama iaitu Pajung menjadi raja di negeri Luwu. Diikuti yang kedua iaitu Opu Daeng Biyasa atau digelar Jayang Seteru Johan Pahlawan sebagai pembesar Bugis di Tanah Jawa. Sementara anak yang ketiga Opu Daeng Rilaka mengembara ke barat; maka penglibatan orang Bugis banyak dimulai oleh keturunannya. Walau bagaimanapun penglibatan orang Bugis bermula ketika era Belanda atau VOC lagi. Ianya bermula dengan penglibatan Arung Palakka bekerjasama dengan Belanda menyerang Kerajaan Makassar, Minangkabau serta menjatuhkan kerajaan Palembang dan Banten.  Seharusnya diingat terdapat juga orang Bugis seperti orang Wajo dan Maros yang tidak memihak dan bekerjasama dengan Belanda seperti Karaeng Galesong, Daeng Mangika, La Maddukkelleng, Syeikh Yusoff serta beberapa pembesar Bugis yang lain.  Maka penglibatan orang Bugis dalam politik serantau perlu dilihat kepada punca pembabitan mereka. Faktor utama yang diperkatakan ialah etnik Arung Palakka ialah dari orang Bone yang berdendam dengan orang-orang Wajo dan Maros yang mendirikan Kerajaan Gowa. Justeru penentangan Arung Palakka dipengaruhi keazaman menuntut bela dan menjadikan kerajaan Bone kukuh semula. Maka boleh dikatakan peranan orang Bugis dalam politik serantau dipengaruhi oleh keinginan memiliki kekuasaan, harta benda dan disulami oleh perasaan dendam dan cemburu. Selain itu, turut terjadi peristiwa mallek ke dapureng yang bermaksud memindahkan dapur oleh putera-putera Daeng Macora ke Pontianak, Kalimantan Barat oleh La Makkuraseng dan La Tenribali, keluarga dan pengikutnya kerana arahan keluarga lalu menumbuhkan sebuah penempatan di sana . Maka ternyata perserakan orang Bugis di nusantara berlaku secara sukarela, keterpaksaan atau atas arahan keluarga. Oleh yang demikian mereka turut membawa sistem pentadbiran dan pengurusan ke tempat yang mereka tinggal yang baru.




Wednesday, February 1, 2012

Belajar dalam taman

Sekarang ni aku berada di seberang tanah besar tapi bukan luar negara tau. Aku kat negeri yang di pajakkan kepada British dulu. Terasa semangat menelaah membuak-buak dalam diri. Bukan apa kalo kat umah, harapan selalu kabur-kabur ja. Apa yang kudapati di sini ialah mencari ilmu itu tidak kenal usia, jantina, kaum dan sebagainya. Yang penting niat, iltizam dan keazaman kita memilikinya bak kata Prof aku..belajar selagi bernafas.
Setelah beberapa hari di sini, baru aku paham yang bahasa Melayu/Malaysia kita ni bukan bagus mana pun. Kesalahan tatabahasa dan penggunaan ayat amat kerap berlaku sampai aku pun pening-pening. Ingatkan senang jer BM ni tapi lagi banyak dipelajari lagi banyak kesalahan yang kita temui. So, aku pun cubalah pasni tuk belajar bahasa melayu/malaysia yang betul supaya aku leh score ti..hehehe. Insya Allah.

p/s: peribahasa pagar makan padi tak wujud langsung dalam BM, yang ada pegar makan padi.

Friday, January 6, 2012

Aduh sakit yer Karpal



Salam dan selamat sejahtera semua,

Ok, terus ke pertanyaan saya kepada anda semua, pernahkah anda merasa kesakitan di pergelangan tangan semasa menaip di komputer?

Jika anda mengalaminya kemungkinan anda mengalami Carpal Tunnel Syndrome. Penyakit ini pernah saya alami pada tahun 2001 dan amat tidak menyenangkan saya.

Penyakit ini membuatkan tangan anda bermula dari tapak tangan ke pergelangan berasa kebas dan sakit tapi tidak kekal lama. Ketika anda menaip anda dapat merasakannya juga namun selepas lagi terasa selepas anda habis menaip. Kesakitannya membuatkan anda terasa macam nak cabut jer tangan dan operate sendiri.
Untuk meredakannya, anda pasti kena jumpa doktor yang mahir tentang kecederaan otot dan tisu macam klinik fisio. Kemudian akan kena selalu jaga pemakanan dan penggunaan tangan dengan memastikan anda tak over used. Ubat mesti dimakan sehingga habis dan melakukan rawatan sendiri seperti ice treatment atau sapu oflen gel.

Thursday, January 5, 2012

Toksah belajar sastera


Dulu orang cakap nak jadi lawyer kena power sastera, pastu nak jadi doktor kena terer pure science dan macam-macam kena master lah. Tapi sekarang rasanya tak betul sangat teori tu sangat walau masih ada course yang perlu subjek tertentu untuk ambil course tertentu.

Tapi yang tak boleh blah bila ada yang kata kalo belajar sastera takleh maju, budak sastera paling ramai flop, budak sastera paling malas dan sebagainya. Ini bukan aku yang kata tapi adalah segelintir manusia yang spesis apa ntah. Mengata orang aliran sastera ni result SPM cukup makan je, masuk U atas dasar kesian dan macam-macam lagi tohmahan ye. Aku pun dulu aliran sastera-sains sosial tapi kat U dapat pure science, takda plak aku flop or jd bengong pun. Mungkin orang yang mengata ni jeles tahap cipan terbang kot kat org sastera yang berjaya.

Pastu, ada yg kata orang yg ada kelayakan Sijil Kemahiran, MLVK, Komuniti dan sewaktu dengannya kira level SPM jer. Pergh, lagi lah tak leh blah coz mereka ni berada dalam kelas tersendiri tau. Bukan semua leh hadap mesin-mesin, jentera even CPU lebih-lebih lagi kalo kena main dengan minyak. Sebab tulah negara kita asyik bergantung dengan tenaga kerja asing sebab asyik pandang orang yg ada kemahiran teknikal ni flop jg.

Jadi kepada pencacai yang cakap gitu, mungkin satu hari korang akan dapat anak ker apa ker yg ikut aliran ni. Mungkin masa tu korang akan telan air &@$#$% balik.